Archive

Archive for the ‘buku-buku pilihan’ Category

Sep
17

rujukan terlengkap hidup Rasulullah SAW dari sebelum kelahiran hingga detik-detik terakhir

 

SIRAH TERAGUNG MUHAMMAD SAW

 Rujukan Terlengkap Hidup Rasulullah SAW Dari Sebelum Kelahiran Hingga Detik-detik Terakhir.

Perjalanan hidup Rasulullah SAW adalah sebuah kisah teragung, kerana setiap jejak langkah baginda dibimbing langsung oleh wahyu Ilahi. Di dalamnya sarat dengan nilai-nilai kebaikan, hikmah dan pedoman hidup yang dapat membimbing dan menginsipirasi manusia menuju kejayaan dunia dan akhirat. Dan sungguh, sebuah kenikmatan tidak terhingga jika kita seakan-akan hidup bersama Rasulullah SAW, sejak 14 abad silam.

Buku ini insya Allah akan memberikan kenikmatan tersebut kerana akan membawa kita seolah-olah merasakan dan melihat langsung perjuangan Rasulullah SAW, 14 abad silam. Merasakan kesedihan saat baginda ditinggalkan selamanya oleh kedua orang tuanya. Melihat keceriaan baginda ketika masih anak-anak dan remaja. Merasakan kegigihan baginda saat berdagang. Menyaksikan kebahagiaan baginda saat menikahi Khadijah. Merasakan gementarnya baginda saat malaikat Jibril turun membawa wahyu. Merasakan berat, pahit dan getirnya perjuangan baginda menyebarkan risalah Islam kepada seluruh umat manusia. Menyaksikan kebahagiaan baginda ketika penduduk Anshar menyambutnya di Yasrib (Madinah). Merasakan suasana kemenangan saat mengalahkan musuh di Perang Badar. Melihat saat-saat getir yang baginda hadapi di Perang Uhud. Menyaksikan tawadhunya baginda ketika membebaskan kota Mekah. Dan merasakan perjuangan baginda menahan rasa sakit menjelang wafat.
Setelah membaca buku ini, insya Allah kita dapat mengambil inspirasi dari kisah agung Rasulullah SAW.
Penerbit: Maghfirah Pustaka
Harga: RM 280
Untuk belian / tempahan boleh hubungi: marzuki 0123055087
email: marzuki.bakar@yahoo.com
*penghantaran percuma untuk semenanjung Malaysia.
"Do, or do not. There is no 'try'."
~ Master Yoda
Share

Apr
14

Biografi Agung Rasulullah

BIOGRAFI AGUNG RASULULLAH SALLALLAHU ALAYHI WASALLAM

Penulis : Rusydi Ramli Al-Jauhari

Penerbit : Mustread

Harga : RM65 (Semenanjung Malaysia)

RM68 (Sabah & Sarawak

untuk tempahan boleh melalui:

www.stormreaders.net/marzukibakar

email: marzuki.bakar@yahoo.com

Hp: 0123055087

SINOPSIS BUKU

BIOGRAFI AGUNG RASULULLAH SALLALLAHU ALAYHI WASALLAM adalah sebuah buku yang membawa pembaca mengenal junjungan besar, Nabi dan Rasul terakhir yang diutus kepada kita umat akhir zaman. Sebagai umat yang dilahirkan 1400 tahun selepas kewafatan Baginda tentu kita ingin mengenal perwatakan, rupa paras dan bentuk tubuh Rasulullah SAW. Sebagai umat Islam kita dilarang untuk menggambarkan paras rupa Baginda namun terdapat hadis-hadis yang menceritakan perwatakan dan paras rupa Rasulullah SAW yang dimuatkan dalam buku ini.

Buku ini juga memaparkan perjalanan hidup Rasulullah SAW bermula dari kelahiran, saat kanak-kanak hingga dewasa, isteri-isteri yang menemani sepanjang hidup Baginda, anak-anak dan cucu, sahabat-sahabat dan pembantu Baginda di sepanjang hayat Baginda menyampaikan risalah tauhid.

SIAPA YANG PERLU MEMILIKI BUKU INI

Buku BIOGRAFI AGUNG RASULULLAH SALLALLAHU ALAYHI WASALLAM ini harus dimiliki oleh seluruh umat Islam yang merindui, mencintai dan mengharapkan syafaat Baginda. Buku ini adalah sebahagian kecil usaha untuk kita sama-sama mengenal dan terus kekal rasa cinta kita kepada Rasulullah SAW. Firman Allah SWT di dalam surah al-Ahzab ayat 56,

“Sesungguhnya Allah SWT dan malaikatNya berselawat (memberi segala penghormatan

dan kebaikan) kepada Nabi Muhammad SAW. Wahai orang-orang yang beriman

berselawatlah kamu kepadanya serta ucapkanlah salam sejahtera dengan 

penghormatan yang sepenuhnya”

untuk tempahan boleh melalui:

www.stormreaders.net/marzukibakar

email: marzuki.bakar@yahoo.com

Hp: 0123055087

"Not everything that can be counted counts, and not everything that counts can be counted."
~ Albert Einstein
Share

Apr
11

Mukmin Profesional : celik mata hati

Mukmin Profesional

Penulis : Pahrol Mohamad Juoi

Penerbit : Telaga Biru

Harga : RM55 (Semenanjung Malaysia)

RM60 (Sabah & Sarawak

untuk tempahan boleh melalui:

www.stormreaders.net/marzukibakar

email: marzuki.bakar@yahoo.com

Hp: 0123055087

SINOPSIS BUKU

Buku Mukmin Profesional: Celik Mata Hati ini menyerlahkan kembali nilai-nilai teras yang diperjuangkan oleh pejuang Islam silam menerusi pendekatan kontemporari.

  • Diperkuatkan dengan gaya penyampaian yang saintifik dan artistik yang kini sinonim dengan dunia Barat justeru menyedari bahawa apa sahaja hikmah (tidak kira dari Timur atau Barat) adalah milik Islam.
  • Memberi satu kerangka besar yang tepat dan jelas mengenai kehidupan. Dengannya, insya-Allah ‘jigsaw puzzle‘ kehidupan ini akan terungkai. Hasilnya, para pembaca akan menjalani hidup ini dengan pasti dan yakin.
  • Setiap bab dihuraikan secara mudah dan praktikal. Walaupun subjek-subjek dalam buku ini sangat serius dan ia bukanlah sesuatu yang popular, namun gaya dan pendekatannya yang mudah dan menarik, menjadikan buku ini mudah difahami dan dihayati.
  • Gaya yang menghiburkan, dinamik, kreatif dan informatif. Cerita, sajak, ilustrasi, metafora dan kata-kata hikmah yang diselitkan akan membantu pembaca membaca buku ini dengan serius tetapi santai.

Buku yang akan meneruskan momentum dan kesinambungan usaha memartabatkan Islam sebagai satu cara hidup di peringkat yang lebih luas dan menyeluruh. Umat Islam memerlukan ‘personal branding‘ (penjenamaan peribadi) yang mantap dalam perjuangannya memartabatkan kembali keunggulan Islam sarwajagat. Maka itu Mukmin Profesional adalah ‘personal branding‘ yang diidamkan itu! Insya-Allah.

untuk tempahan boleh melalui:

www.stormreaders.net/marzukibakar

email: marzuki.bakar@yahoo.com

Hp: 0123055087

 

"Patriot: the person who can holler the loudest without knowing what he is hollering about."
~ Mark Twain
Share

Feb
22

 

Telaga Biru Umar Muhammad Noor

 

Rasul Mulia, Umat Mulia, Akhlak Mulia

Penulis : Umar Muhammad Noor

Penerbit : Telaga Biru

Harga : RM20

untuk tempahan boleh melalui:

www.stormreaders.net/marzukibakar

email: marzuki.bakar@yahoo.com

Hp: 0123055087

SINOPSIS BUKU

Buku RASUL MULIA, UMAT MULIA, AKHLAK MULIA ini merupakan himpunan kisah dan riwayat hidup para ulama yang sangat kaya dengan pelbagai ilmu dan hikmah yang dapat diambil pengajaran daripadanya. Setiap ulasan diiringi dengan pelbagai nukilan daripada al-Quran, as-Sunnah dan ucapan para ulama, lalu mengaitkannya dengan realiti kehidupan kita pada hari ini. Kita dapat berkenalan, berziarah, dan belajar daripada ulama-ulama ini. Satu kaedah pendidikan akhlak yang menarik dan mudah terpaut di hati. Tetapkan fokus, mencontohi akhlak Rasulullah SAW sebagai panduan.

Jadikan buku ini sebagai bacaan dalam perjalanan, hadiah buat teman dan keluarga atau dijadikan bahan nasihat dalam usrah anda. Mudah-mudahan setelah itu, kita dapat mengamalkan akhlak mereka dan menghidupkannya dalam kehidupan ini.

untuk tempahan boleh melalui:

www.stormreaders.net/marzukibakar

email: marzuki.bakar@yahoo.com

Hp: 0123055087

"Do, or do not. There is no 'try'."
~ Master Yoda
Share

Jan
15

Chef Kamarul

Dapur Xpress Chef Kamarul

Penulis : Chef Kamarul

Penerbit : Telaga Biru

Harga : RM35 (Sem. Malaysia) RM37 (Sabah/Sarawak)

untuk tempahan boleh melalui:

www.stormreaders.net/marzukibakar

email: marzuki.bakar@yahoo.com

Hp: 0123055087

SINOPSIS BUKU

Jadual harian anda sangat padat tetapi anda harus menyediakan makan malam sepantas yang mungkin. Adakah anda sering berada dalam situasi ini?

MENGAPA ANDA MESTI MEMILIKI BUKU INI

Buku ini tidak mampu menambah masa anda tetapi ia boleh memudahkan perancangan dan penyediaan makanan anda sekeluarga. Kembalikan kemesraan bersama keluarga di meja makan dengan hidangan yang enak lagi cepat melalui buku Dapur Xpress Chef Kamarul ini kerana:

  • 50 Resipi popular setempat yang mampu anda sediakan di rumah dalam masa yang singkat.
  • Menggunakan bahan yang mudah didapati di pasaraya-pasaraya anda dengan kaedah penyediaanyang mudah dan teknik yang cepat.
  • Gambar berwarna untuk setiap masakan menjadi inspirasi kepada anda sekeluarga dalam pemilihan menu anda.
  • Petua dan info dalam penyediaan makanan yang lebih berkesan.
  • Memberi panduan yang mudah tentang kaedah membeli bahan mentah, keperluan asas di dapur, teknik penyediaan bahan mentah dan teknik penyediaan semasa memasak.
  • Inilah pembantu dapur yang anda perlukan untuk masakan yang on-time untuk dinikmati anda sekeluarga.

untuk tempahan boleh melalui:

www.stormreaders.net/marzukibakar

email: marzuki.bakar@yahoo.com

Hp: 0123055087

"I find that the harder I work, the more luck I seem to have."
~ Thomas Jefferson
Share

Jan
15

Najla Mahfuzh La Tahzan Kerana Jodoh

La Tahzan Kerana Jodoh

Penulis : Najla Mahfuzh

Penerbit : Mustread sdn. bhd

Harga : RM18 (Sem. Malaysia) RM21 (Sabah/Sarawak)

untuk tempahan boleh melalui:

www.stormreaders.net/marzukibakar

email: marzuki.bakar@yahoo.com

Hp: 0123055087

SINOPSIS BUKU

Wanita lebih baik dan unggul dari lelaki dalam soal cinta. Wanita lebih mendalam cintanya dari lelaki, lebih ikhlas dan lebih besar pengorbanannya demicinta. Wanita juga banyak menanggung penderitaan dalam cinta berbanding lelaki.”

Setiap wanita mengimpikan sebuah perkahwinan bahagia yang diselubungi perasaan cinta dan kasih sayang yang berpanjangan hingga ke akhir hayat. Dalam usaha mencari cinta sejati, berbagai-bagai halangan yang perlu dilalui dan yang pastinya halangan-halangan itu sedikit sebanyak akan membuatkan kita sedih dan patah semangat untuk meneruskan keinginan dalam mencari cinta sejati.

Buku ini menyelitkan rentetan-rentetan cerita dan pengalaman anak-anak gadis yang menghadapi masalah dalam mencari pasangan hidup. Kita harus ingat, tidak semestinya sesebuah perkahwinan itu berakhir dengan kebahagiaan, sebenarnya masih terlalu banyak sumber kebahagiaan yang masih belum kita terokai. Di sini, penulis cuba menyelesaikan masalah mereka dengan memberi nasihat dan cadangan untuk mereka meneruskan kehidupan dengan lebih tenang.

Jadi bersabarlah dan jangan terlalu sedih!

untuk tempahan boleh melalui:

www.stormreaders.net/marzukibakar

email: marzuki.bakar@yahoo.com

Hp: 0123055087

 

 

"Patriot: the person who can holler the loudest without knowing what he is hollering about."
~ Mark Twain
Share

Jan
15

 

Dr. Yusuf Al-Qaradhawiy

12 Peribadi Cemerlang Ibadurrahman

Penulis : Dr. Yusuf Al-Qaradhawiy

Penerbit : Blue-T Publication Sdn Bhd

Harga : RM20

untuk tempahan boleh melalui:

www.stormreaders.net/marzukibakar

email: marzuki.bakar@yahoo.com

Hp: 0123055087

SINOPSIS BUKU

IBADURRAHMAN ini dinisbahkan kepada Dzat Allah yang suci (Ar-Rahman), yang mengandungi pengertian, bahawa mereka adalah hamba-hamba yang layak mendapatkan rahmat Allah dan mereka selalu berada dalam naungan rahmat ini. Rahmat memagari mereka dari arah kanan, kiri, atas dan bawah.

Adakah kamu semua ingin termasuk golongan Ibadurrahman? Apakah kamu ingin menisbahkan diri kepada Allah? Apakah kamu ingin menjadi anggota bagi jemaah ini? Jika kamu menginginkan, maka ketahuilah sifat dan ciri-ciri mereka. Kenalilah siapa Ibadurrahman itu, dengan itu kamu terdorong untuk menjadi anggota mereka. Berapa ramai yang mengaku, “Aku termasuk Ibadurrahman“, tetapi perilakunya menunjukkan, “Engkau adalah Ibadussyaitan dan bukan Ibadurrahman.”

Ibadurrahman mempunyai sifat dan tanda-tanda sebagaimana yang disebutkan Allah dalam surah al-Furqaan. Maka alangkah baiknya jika kita hidup dalam rengkuhan ayat-ayat ini.

untuk tempahan boleh melalui:

www.stormreaders.net/marzukibakar

email: marzuki.bakar@yahoo.com

Hp: 0123055087

"The only difference between me and a madman is that I'm not mad."
~ Salvador Dali
Share

Jan
14

panduan untuk pasangan suami isteri, pasangan yang akan melangsungkan perkahwinan dan sebagai motivasi

10 Terminal Syurga Rumah Tangga

Penulis : Dato’ Siti Nor Bahyah Mahamood

Siti Nur Fatimah Hasan

Penerbit : Telaga Biru Sdn. Bhd

Harga : RM17 (Sem. M’sia) RM19 (Sbh/Srwk)

untuk tempahan boleh melalui:

www.stormreaders.net/marzukibakar

email: marzuki.bakar@yahoo.com

Hp: 0123055087

Buku 10 Terminal Syurga Rumah Tangga

mengandungi petua melahirkan rumah tangga yang menjadi idaman dan harapan setiap insan iaitu rumah tangga yang di dalamnya bersemarak suasana sakinah, mawaddah dan rahmah. Terdapat tiga dimensi perkahwinan yang dicatatkan oleh Dr. Abdullah Nasih al-Ulwan dalam kitabnya yang masyhur, Tarbiah al-Awlad fi al-Islam iaitu:

  1. Perkahwinan adalah fitrah manusia
  2. Perkahwinan adalah kepentingan dalam bermasyarakat
  3. Perkahwinan adalah penyucian dan pemilihan hati

Mengapa Anda Mesti Memiliki Buku Ini:

  • Sesuai sebagai panduan untuk pasangan suami isteri, pasangan yang akan melangsungkan perkahwinan dan sebagai bahan motivasi anda.
  • Teks disediakan dalam bentuk yang mudah dan menarik, nota ringkas, mengandungi rujukan daripada al-Quran, hadis sahih dan disulami kisah-kisah serta fakta-fakta menarik.
  • Mengandungi ilustrasi menarik untuk memudahkan pemahaman dan merehatkan pembacaan anda.

Ya Allah, kurniakan kepada si isteri kesetiaan kepada suaminya sebagaimana kesetiaan Zainab Binti Muhammad.

Pengabdian kepada Allah Taala sebagaimana pengabdian Rabiatul Adawiyah

dan iltizam untuk menjadi isteri dan ibu yang solehah sebagaimana yang ada pada diri Sumayyah.

Kurniakan kepada suami, kebijaksanaan membimbing isterinya ke ambang syurga

dan semoga ia sabar dengan apa yang menduganya

sebagaimana Nabi Allah Ayyub a.s. bersabar terhadap imannya,

kesihatannya dan keluarganya.

untuk tempahan boleh melalui:

www.stormreaders.net/marzukibakar

email: marzuki.bakar@yahoo.com

Hp: 0123055087

"Not everything that can be counted counts, and not everything that counts can be counted."
~ Albert Einstein
Share

Jan
12

 

Formula Solat Sempurna

Penulis : Ustaz Zaharuddin Abd. Rahman

Penerbit : Telaga Biru Sdn. Bhd

Harga : RM25.90 (Sem. M’sia) RM27.90 (Sbh/Srwk)

untuk tempahan boleh melalui:

www.stormreaders.net/marzukibakar

email: marzuki.bakar@yahoo.com

Hp: 0123055087

Buku ini menjelaskan pendekatan mudah dan mantap tentang cara menunaikan solat secara lebih sempurna iaitu dengan menggabungkan perkara-perkara sunat semasa solat, berserta rukun dan syaratnya.

Kupasan yang ringkas dan padat, hasil kajian mendalam daripada kitab-kitab turath silam dan kotemporari. Penulis membawakan nas-nas yang terbaik hasil ijtihad para ulama hadis silam dan semasa.

Kandungannya disusun dalam bentuk yang menarik mengikut kronologi pergerakan solat dan kemudian disusuli dengan nas-nas warid, huraian yang berguna berkaitan dengan solat, termasuk masalah dan penjelasannya.

Perincian setiap butir isinya bukan sahaja memudahkan pembacaan, malah dapat mengelakkan daripada melakukan perbuatan yang salah dan perbuatan yang tidak digalakkan dalam sembahyang. Setiap rukun disertakan gambar yang terperinci dan jelas.

Kesimpulan turut disediakan agar pembaca boleh memilih pendapat yang terbaik untuk diamalkan dalam sembahyang.

untuk tempahan boleh melalui:

www.stormreaders.net/marzukibakar

email: marzuki.bakar@yahoo.com

Hp: 0123055087

"Do, or do not. There is no 'try'."
~ Master Yoda
Share

Dec
24

 

101 Doa Daripada Hadis-hadis Sahih

Penulis : Dr. Zahazan Mohamed

Terbitan : Telaga Biru Sdn Bhd.

Edaran : Telaga Biru Sdn Bhd

Harga : RM 29.90

untuk tempahan boleh melalui:

www.stormreaders.net/marzukibakar

email: marzuki.bakar@yahoo.com

Hp: 0123055087

Doa dan Zikir mampu menjadi motivasi diri untuk menguatkan rohani dan jiwa. Ahli psikologi mengatakan, apa yang minda kita mampu fikir, kita mampu buat. Fikiran minda itu ialah doa dan zikir.

Apabila kita beroa, kita membayangkan (visual) natijah yang ingin kita capai. Segala kekuatan lahir, pengalaman, kemahiran dan kekuatan batin daripada tenaga dalaman akan dipadukan untuk mencapai apa-apa yang dihajatkan.

Apabila diketengahkan dan diamalkan dalam kehidupan seharian, doa dan zikir mampu menjadi senjata yang ampuh.

Selain itu, doa dan zikir juga perlu melalui adab dan kaifiat untuk mendatangkan kesan yang optimum. Doa dan zikir ialah suara hati. Namun jika doa dan zikir itu daripada hadis, bermakna pemohon membawa suara hati Rasulullah s.a.w. untuk memohon daripada Allah s.w.t. Sudah tentunya impaknya lebih kuat.

Pada masa yang sama, doa tidak pula menghalang kita daripada berusaha. Orang bukan Islam juga berdoa menggunakan kaedah mereka yang tersendiri. Mereka juga berjaya menempa kecemerlangan.

untuk tempahan boleh melalui:

www.stormreaders.net/marzukibakar

email: marzuki.bakar@yahoo.com

Hp: 0123055087

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
"The only difference between me and a madman is that I'm not mad."
~ Salvador Dali
Share

Switch to our mobile site