Archive

Archive for the ‘hargai waktu’ Category

May
22

Mendapat Like untuk tulisan kita di Facebook adalah penting, kerana ia juga salah satu proses penjenamaan dan juga interaksi bersama Fans. Selain itu, apabila sesebuah status tulisan mendapat Like, Friends kepada Fans yang Like itu dapat melihat status tersebut. Akhirnya mereka juga akan masuk ke Fan Page kita.
Persoalannya, apakah bentuk ayat yang mudah mendapat Like?

1. Tulisan yang ringkas
Pengguna Facebook mahukan suasana yang santai. Mereka boleh sahaja membaca tulisan yang panjang lebar, tetapi tidak selalu. Jadi, tulisan yang ringkas dan pendek adalah santai kerana ia mudah dibaca.
Namun, ayat yang ringkas itu haruslah membuatkan Fans gembira, bersemangat, rasa dihormati dan seronok. Elakkan ayat-ayat yang menyakitkan hati mereka.

2. Tulisan berinformasi
Salah satu bentuk tulisan yang banyak dibaca oleh orang adalah tulisan yang bermaklumat, iaitu terdiri daripada fakta, berita dan perkara yang berguna untuk mereka. Tulis ayat yang berkaitan dengan bidang perniagaan anda. Apakah maklumat yang berguna untuk Fans (prospek) anda?

3. Tulisan “How To

Jika tulisan berinformasi suka dibaca oleh kebanyakan orang, tulisan “how to” (cara buat sesuatu) pula akan menyebabkan kita ataupun bisnes kita mendapat tempat di hati mereka.

Ini kerana, tulisan berbentuk “how to” amat membantu mereka melakukan ataupun menyelesaikan sesuatu. Contohnya jika kita menjual ‘produk makanan’ (contohnya rempah segera), kita boleh kongsikan cara memasak dengan menggunakan rempah itu, secara percuma di Fan Page.

4. Tulisan beserta gambar (imej)
Mana-mana jenis tulisan di atas, jika disertakan dengan gambar yang menarik dan berkaitan, pembaca akan lebih rasa mahu klik Like. Ini adalah fitrah manusia yang sukakan sesuatu yang ‘indah’ pada pandangan mata, selain sudah terbukti melalui kajian para Facebook Marketer.

"I find that the harder I work, the more luck I seem to have."
~ Thomas Jefferson
Share

,

May
21

1. Ratusan Juta Pengguna Facebook

Pengguna Facebook terus meningkat dari hari ke hari. Manakala jumlah pengguna Facebook dari Malaysia adalah di antara yang tertinggi di dunia dan Asia. Kita tidak akan mengambil kesemua jutaan pengguna itu, sebaliknya kita boleh tentukan berapa ramai yang kita mahu sasarkan.

Pengguna-pengguna Facebook ini pula biasanya akan membuka Facebook terlebih dahulu berbanding laman web yang lain. Malah tidak salah jika dikatakan, ada sebahagian pengguna Facebook tidak berminat untuk melayari mana-mana website seperti blog dan sebagainya. Mereka hanya aktif di Facebook sahaja atau paling kurang, mereka teramat kerap melayari Facebook pada setiap hari.

2. Facebook Ads

Dengan fungsi Facebook Ads berbayar yang disediakan oleh pihak Facebook, kita boleh membuat iklan yang fokus, tepat dan menumpu kepada golongan yang tertentu sahaja seperti umur, minat, tempat tinggal dan jantina. Fungsi ini tiada di mana-mana laman web pengiklanan yang lain.

Walaupun FB Ads adalah memerlukan kos (berbayar), namun dengan wujudnya beberapa panduan dan kursus berkaitan pengiklanan ini, kita boleh mengelak kerugian dan kegagalan.

3. Facebook Mobile

Semakin banyak gajet yang dilengkapkan dengan aplikasi media sosial seperti Facebook. Pihak pengeluar gajet seperti Apple, Samsung, Nokia dan banyak lagi, kini memasukkan aplikasi media sosial ke dalam produk keluaran mereka.

Daripada jumlah pengguna Facebook, sebahagian mereka mengakses Internet dengan menggunakan gajet elektronik. Bermaksud, mereka akan terus menerus online di Facebook walaupun tidak berada di rumah ataupun di pejabat (tempat bekerja).

Ini adalah satu peluang untuk usahawan dan perniagaan, di mana usaha promosi kita begitu mudah dibaca dan sampai kepada pengguna-pengguna Facebook pada bila-bila masa.

4. Facebook Bersifat Viral

Aspek viral adalah salah satu ciri yang ada pada Facebook. Apa yang seseorang buat di Facebook, ia boleh diketahui oleh rakan-rakannya yang lain. Contohnya jika seorang pengguna FB klik Like satu Page bisnes, rakan lain akan tahu mengenainya. Lantas rakan-rakannya juga akan klik Like.

Sifat viral ini juga dipanggil sebagai ‘promosi dari mulut ke mulut’. Selain Facebook itu sendiri bersifat viral, pengguna-pengguna FB juga suka dan kerap berkongsi mengenai perkara yang mereka suka dan tidak. Jadi, apabila kita memaksimumkan teknik pemasaran di Facebook, mesej pemasaran kita akan menjadi semakin viral dan sampai kepada ribuan pengguna Facebook yang lain.

5. Pengguna Facebook Lebih Percayakan Rakan Mereka

Pelanggan baru amat sukar mempercayai kita, tetapi apabila rakan mereka mengatakan kita adalah usahawan yang boleh dipercayai, dari situ mereka akan mula yakin untuk membeli daripada kita. Mereka mungkin akan bertanya rakan-rakan mereka dahulu, bertanya di Group yang mereka sertai ataupun membaca tulisan rakan-rakan FB mereka.

Selain daripada itu, apabila mereka melihat rakan-rakan lain berinteraksi di Fan Page kita, ia akan menyebabkan mereka juga mahu turut serta dan ambil tahu mengenai kita.

"I find that the harder I work, the more luck I seem to have."
~ Thomas Jefferson
Share

,

Mar
31
Khall Dates Cider, cuka kurma

Khall Dates Cider RM45 SM RM55 SS

KHALL DATES CIDER nr-bashirah adalah satu formulasi yang istimewa, berkhasiat dan sungguh sedap dinikmati. Dengan kombinasi pemakanan sunnah seperti Khall (Cuka Kurma), Kismis Hitam, Habbatussauda dan Madu. Diperkaya dengan minyak kelapa dara, menjadikan KHALL begitu baik untuk membantu pelbagai masalah kesihatan.

 

KEKAL SIHAT DENGAN KHALL DATES CIDER

♥    Membantu masalah kolestrol dalam badan

♥   Membantu pelbagai masalah dalam perut seperti melancarkan system perkumuhan, masalah gastrik,

sembelit, angina dan sebagainya

♥   Energy Booster (Meningkatkan Tenaga)

♥   Membantu masalah berkaitan saraf dan sendi

♥   Sesuai untuk ibu lepas bersalin baik untuk organ dalaman dan meningkatkan pengeluaran susu ibu

♥   Membantu pelbagai masalah kesihatan.

♦♦♦♦♦♦♦♦♦♦

Dari Jabir bin Abdullah R.A bahawasanya:

Rasulullah S.A.W telah bertanya kepada ahli rumahnya tentang lauk (hidangan makanan).

Mereka menjawab pertanyaan Baginda S.A.W dengan berkata:

Kami tidak mempunyai apa-apa pun melainkan Khall.

Lantas Rasulullah S.A.W. meminta Khall tersebut.

Lalu dinikmati oleh Baginda seraya berkata,

“Sebaik-baik hidangan adalah Khall, Sebaik-baik hidangan adalah Khall.”

Daripada Ummi Said bersabda:

Nabi Muhammad S.A.W. : “Sebaik-baik hidangan nisbah makanan ialah Khal. Ya Allah, Ya Tuhanku berkatilah pada Khal.

Maka sesungguhnya Khal itu adalah makanan para nabi sebelum daripadaku.

Dan janganlah kiranya terputus Khal di dalam sesebuah rumah.”

(Sunan Ibnu Majah Hadis : 3318)

Nabi Muhammad S.A.W. bersabda:

“Hendaklah kamu mengambil habbatus sauda’ ini kerana ianya penyembuh bagi setiap penyakit melainkan mati”

(Riwayat Bukhari)

♦♦♦♦♦♦♦♦♦♦

untuk tempahan @ pembelian sila hubungi:

Marzuki b Bakar

hp 0123055087

email: marzuki.bakar@yahoo.com

free

"Not everything that can be counted counts, and not everything that counts can be counted."
~ Albert Einstein
Share

, ,

Jun
28

UJIAN ALLAH

"The only difference between me and a madman is that I'm not mad."
~ Salvador Dali
Share

Jun
24

Produk Minsyam

"Patriot: the person who can holler the loudest without knowing what he is hollering about."
~ Mark Twain
Share

Jun
23

Hidup berkeluarga ini pada dasarnya, lebih berkat, tenteram dan teratur berbanding hidup berseorangan, membujang atau menyendiri.

Indahnya hidup bersyariat-Modul Fardu Ain diri, keluarga dan masyarakat sepanjang hayat.

"Patriot: the person who can holler the loudest without knowing what he is hollering about."
~ Mark Twain
Share

Apr
02

Holy Quran Read Pen

Sinopsis Produk

“Sebaik-baik kamu ialah yang mempelajari dan mengajarkan Quran”
Holy Quran Pen Digital adalah alat bantuan umat Islam untuk membaca dan memahami Al-Quran yang tidak wajar dipandang enteng. Dengan kekangan kesibukan masa untuk bekerja mencari nafkah dalam kehidupan masa kini, ibubapa terpaksa menyerahkan tugas mengajar Al-Quran kepada guru agama di sekolah semata-mata dan mereka juga terbatas dari segi masa dan tahap penumpuan terhadap seseorang individu. Mengatasi masalah itu, amatlah bijak untuk kita menggunakan teknologi moden, mengumpul saham di dunia untuk kesenangan di akhirat dengan membanyakkan membeli produk-produk yang meransang anak-anak untuk mempelajari Al-Quran. Produk ini sangat sesuai untuk semua lapisan umat Islam yang ingin mempelajari Al-Quran dengan tajwid dan sebutan makhraj yang tepat, dan juga memahami makna ayat dengan mudah.

 

Ciri-ciri Holy Quran Reader Pen:
1. Kitab Al Quran yang lengkap 30 juzuk

2. Pembacaan mengikut tartil oleh Qari pilihan.

3. Menterjemah dalam bahasa  English dan Bahasa Melayu mengikut pilihan.

4. Mengawal nada dengan memperlahan atau menguatkan suara.

5. Bateri boleh dicas semula dengan charger yang disediakan.

6. Disediakan sekali dengan buku Iqra, bacaan doa  dan surah dalam Muqaddam serta kad index untuk memudahkan pembacaan.

7. Warranty 1 tahun

8. Aksesori yang disertakan sekali seperti earphone,cable usb dan juga user manual.

Definisi: 
Holy Quran Reading Pen ialah pen yang BOLEH MEMBACA AL-QURAN tetapi ia tidak boleh menulis. Apabila read pen ini disentuh pada mana-mana Ayat Al-Quran atau pada mana-mana Surah, maka pen tersebut akan membacanya.
Ayat-ayat Al-Quran dibaca oleh 8 orang Qari seperti;

Abdul Rahman Al-Sudais (installed)
Saad Al-Ghamidi (installed)
Al-Menshavi (installed)

Sheikh Maahir Al-Mu’ayqali (installed)

Sheikh Mishary Rashed Alafasy (installed)

Abdullah Basfar (installed)

Abu Bakr al-Shatri (installed)

Ahmed Al-Ajmi (installed)

Ibrahim (Special word-by-word Telawah)

Terjemahan kepada  bahasa:

  1. Bahasa Melayu (installed)
  2. Bahasa Inggeris (installed)

Kenapakah kita harus memiliki Holy Quran Reading Pen?
1. Read Pen mempunyai keistimewaan membaca ayat per ayat dan surah per surah. Sentuh saja mata pen pada mana-  mana Ayat atau Surah, pen ini akan mengeluarkan bacaan mengkut Qari mana yang kita pilih.
2. Tidak tahu atau kurang faham membaca Al-Quran tidak lagi menjadi alasan untuk kita malas membaca dan mempelajarinya, kerana kita boleh mempelajarinya dari bacaan yang di baca oleh Qari-qari yang dipilih.
3. Al-Quran lengkap 114 surah / 30 juz.
4. ReadPen juga berfungsi sebagai MP3 untuk memainkan lagu-lagu nasyid, dan sebagainya yang boleh di muat turun dari komputer ke dalam ReadPen ini.
5. ReadPen boleh disambungkan kepada pembesar suara supaya dapat mendengar dengan lebih kuat atau boleh juga disambungkan terus ke pembesar suara masjid atau surau tanpa memerlukan CD atau TAPE.Pen juga boleh disambung kepada earphone telinga untuk mendengar sendiri tanpa gangguan orang lain.

Kegunaan Al–Quran Read Pen ini adalah seperti: 
1. Meningkatkan mutu bacaan Al-Quran.
2. Menghafaz Al-Quran.
3. Hantaran Perkahwinan
4. Cenderahati
5. Sumbangan kepada Masjid/Madrasah
6. Sedekah / Zakat.(pemberian seorang anak kepada ibu bapa)

Kelebihan: 
Mudah digunakan & senang dibawa.
Sesuai untuk semua golongan.
Membantu menyempurnakan ibadah.
Menambah keyakinan apabila membaca al-Quran.
Membantu melancarkan bacaan al-Quran.
Amat sesuai dijadikan hadiah yang sangat bermakna buat orang yang dikasihi.

HARGA JUALAN

RM 260 (termasuk kos postage untuk semenanjung)

untuk tempahan @ pembelian boleh melalui

www.hargaiwaktu.lot.my

email: marzuki.bakar@yahoo.com

h/p: 0123055087

"Glory is fleeting, but obscurity is forever."
~ Napoleon Bonaparte
Share

Feb
15

seksa meninggalkan sembahyang

Sembahyang itu tiang agama, barangsiapa mendirikannya

maka sesungguhnya ia telah mendirikan agama, dan

barangsiapa meninggalkannya, maka sesungguhnya ia 

telah merobohkan agama.

6 SEKSAAN DI DUNIA

  • Allah mengurangkan berkat umurnya
  • Allah tidak mempermudahkan rezekinya di dunia
  • Allah menghilangkan tanda atau cahaya soleh dari raut wajahnya
  • Ia tidak akan mempunyai tempat di dalam Islam
  • Amal kebajikan yang dilakukannya tidak mendapat pahala
  • Allah tidak menerima doanya

3 SEKSAAN KETIKA MENGHADAPI MATI

  • Orang itu akan menghadapi mati dalam keadaan yang hina
  • Mati dalam keadaan yang sangat lapar
  • Mati dalam keadaan yang amat mendahagakan walaupun diberi minum dengan banyaknya

3 SEKSAAN SEWAKTU DALAM KUBUR

  • Allah akan menyempit kuburnya dengan sesempit sempitnya
  • Allah akan menggelapkan kuburnya
  • Allah akan menyeksanya sehingga hari kiamat

3 SEKSAAN KETIKA BERTEMU ALLAH

  • Di hari Kiamat ia akan dibelenggu oleh malaikat
  • Allah tidak akan memandangnya dengan pandangan yang belas ihsan
  • Allah tidak akan mengampunkan dosa-dosanya dan orang-orang yang meninggalkan sembahyang akan diazab di dalam Neraka dengan azab yang keras

DOSA DAN BALASAN MENINGGALKAN SEMBAHYANG LIMA WAKTU

SUBUH – Sekali meninggalkannya dimasukkan ke dalam Neraka selama 30 tahun di Akhirat (bersamaan 60000 tahun di dunia)

ZOHOR – Sekali meninggalkannya dosanya sama seperti membunuh 1000 umat Islam

ASAR – Sekali meninggalkannya dosanya sama seperti meruntuh Baitullah  (Kaabah di Masjidil Haram, Mekah)

MAGHRIB – Sekali meninggalkannya dosanya sama seperti berzina dengan ibu sendiri

ISYAK – Sekali meninggalkannya Allah tidak reda orang itu tinggal di bumi dan berbumbungkan langit serta makan dan minum dari nikmatnya.

 

sumber: Masjid Zaid bin Haritsah Jalan Gombak

"I find that the harder I work, the more luck I seem to have."
~ Thomas Jefferson
Share

Jan
17

Cinta kekayaan kecantikan kesedihan kegembiraan

CINTA… KEKAYAAN…KECANTIKAN…KESEDIHAN…KEGEMBIRAAN…

Alkisah di suatu pulau yang kecil, tinggallah berbagai macam benda yang abstrak: ada CINTA, KEKAYAAN, KECANTIKAN, KESEDIHAN, KEGEMBIRAAN dan sebagainya. Awalnya mereka hidup berdampingan dengan baik dan saling melengkapi. Namun suatu ketika, datang badai menghempas pulau kecil itu dan air laut tiba-tiba naik semakin tinggi dan akan menenggelamkan pulau itu. Semua penghuni pulau cepat-cepat berusaha menyelamatkan diri.

CINTA sangat kebingungan sebab ia tidak dapat berenang dan tidak mempunyai perahu. Ia berdiri di tepi pantai dan cuba mencari pertolongan. Sementara itu air makin naik membasahi kaki CINTA. Tak lama CINTA melihat KEKAYAAN sedang mengayuh perahu.

“KEKAYAAN! KEKAYAAN! Tolong aku!” teriak CINTA.

Lalu apa jawab KEKAYAAN, “Aduh! Maaf CINTA!” kata KEKAYAAN.

“Perahuku telah penuh dengan harta bendaku. Aku tidak dapat membawamu serta, nanti perahu ini tenggelam. Lagi pula tak ada tempat bagimu di perahuku ini.”

Lalu KEKAYAAN  cepat-cepat mengayuh perahunya pergi meninggalkan  CINTA tenggelam. CINTA sedih sekali, namun kemudian dilihatnya KEGEMBIRAAN  lewat dengan perahunya.

“KEGEMBIRAAN! Tolong aku!”, teriak CINTA.

Namun apa yang terjadi, KEGEMBIRAAN terlalu gembira kerana ia menemukan perahu sehingga ia tuli tak mendengar teriakan CINTA. Air makin membasahi CINTA sampai ke pinggang dan CINTA semakin panik. Tak lama lewatlah KECANTIKAN.

“KECANTIKAN! Bawalah aku bersamamu!”, teriak CINTA.

Lalu apa jawab KECANTIKAN, “Wah, CINTA, kamu basah dan kotor. Aku tak bisa membawamu ikut. Nanti kamu mengotori perahuku yang indah ini,” sahut KECANTIKAN.

CINTA sedih sekali mendengarnya. CINTA mulai menangis teresak-esak. Apa kesalahanku, mengapa kamu semua melupakan aku. Saat itu lewatlah KESEDIHAN. Lalu CINTA memelas.

“Oh, KESEDIHAN, bawalah aku bersamamu”, Kata CINTA.

Lalu apa kata KESEDIHAN, “Maaf, CINTA. Aku sedang sedih dan aku ingin sendirian saja…”, kata KESEDIHAN sambil terus mengayuh perahunya.

CINTA putus asa. Ia merasakan air makinnaik dan akan menenggelamkannya. CINTA terus berharap kalau dirinya dapat diselamatkan. Lalu ia berdoa kepada Tuhannya, “Oh Tuhan tolonglah aku, apa jadinya dunia tanpa aku, tanpa CINTA?

Pada saat kritis itulah tiba-tiba terdengar suara, ‘CINTA! Mari cepat naik ke perahuku!” CINTA menoleh ke arah suara itu dan melihat seorang tua reyot berjanggut putih panjang sedang mengayuh perahunya. Lalu cepat-cepat CINTA naik ke perahu itu, tepat sebelum air menenggelamkannya. Kemudian di pulau terdekat, orang tua itu menurunkan CINTA dan segera pergi lagi. Pada saat itu barulah CINTA sedar, bahawa ia sama sekali tidak mengetahui siapa orang tua yang baik hati menyelamatkannya itu. CINTA segera menanyakannya kepada seorang penduduk tua di pulau itu, siapa sebenarnya orang tua itu. “Oh, orang tua tadi? Dia adalah “WAKTU”, kata orang itu. Lalu CINTA bertanya lagi “Tapi, mengapa ia menyelamatkan aku? Aku tak mengenalinya. Bahkan teman-teman yang mengenaliku pun enggan menolongku,” tanya CINTA kehairanan. “Sebab,” kata orang itu, “hanya WAKTU lah yang tahu berapa nilainya harga sebuah CINTA itu…”

CINTA KEPADA ALLAH CINTA RASUL CINTA IBU BAPA CINTA KEPADA UMMAH CINTA KEPADA KECEMERLANGAN MARI…KITA SEMUA…CINTA LIMA PERKARA..

 

"Glory is fleeting, but obscurity is forever."
~ Napoleon Bonaparte
Share

Dec
17

“Wahai Tuhanku, lapangkanlah bagiku, dadaku; Dan mudahkanlah bagiku, tugasku; Dan lepaskanlah simpulan dari lidahku, supaya mereka faham perkataanku.”

Keterangan dan Petua Beramal

Al-Quran mengisahkan tentang misi kerasulan Nabi Musa a.s. untuk berdepan dengan Firaun berdakwah tentang Islam, cara hidup yang dikehendaki Allah s.w.t. Menyedari kekurangannya dari sudut fizikal untuk berdebat dengan Firaun, ayahanda angkatnya yang angkuh, maka Nabi Musa a.s. telah berdoa untuk mendapat kekuatan. Adalah diriwayatkan bahawa Nabi Musa tidak petah bercakap kerana bara api yang telah membakar lidah baginda sewaktu kecil. Nabi Musa pernah memukul kepala Firaun semasa masih kecil ketika didukungnya. Perkara ini menyebabkan Firaun merasa marah dan hendak menjatuhkan hukuman keatasnya iaitu dipancung. Isterinya Asiah yang terlalu kasih kepada Musa meminta diberikan kepadanya peluang untuk diadili kerana beliau masih kecil. Lantas diberi pilihan antara bara dan permata. Apabila beliau hendak mencapai permata, Jibrail menolak tangannya kepada bara lalu dimakannya, hingga terbakarlah lidahnya. Walaupun begitu, ini tidak bermakna Nabi Musa seorang yang terlalu gagap sehingga gagal menarik golongan yang hendak diserunya kerana hal seperti ini tidak logik bagi manusia yang dipilih Allah untuk menjadi pemimpin bertaraf rasul.  (Tafsir Ruhil Ma’ani, tafsir surah Taha : 25-28)

Amalkan ayat ini dipermulaan ucapan untuk mendapat kekuatan menyampaikan hasrat hati kepada sesiapa sahaja, terutamanya jika dipilih menjadi pemimpin yang bertanggungjawab menyampaikan sesuatu perkara dan peringatan orang lain.           (101 Doa Para Nabi & Rasul, terbitan Telaga Biru Sdn Bhd)

Sumber : Doa & Zikir Harian -Ust Zahazan Mohamed

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
"The only difference between me and a madman is that I'm not mad."
~ Salvador Dali
Share

Switch to our mobile site