Archive

Archive for the ‘memori’ Category

Jun
10

kek istimewa daripada insan teristimewa

Selamat datang 32

Hadirmu hanya sekali, bila kau berlalu tak mungkin akan kembali

Bila kau hadir, terasa cepatnya masa berlalu seperti baru semalam 18, ari ni dah 32

32-Hadirlah dengan semangat baru

Semangat yang bisa menerobos jauh mencari kekuatan diri

Semangat yang tak luntur untuk sentiasa melakukan perubahan

Semangat yang berapi untuk berjaya

Semangat yang jitu untuk membahagiakan keluarga

Semangat yang kental mencari ilmu di dunia untuk bekalan di SANA

Semangat yang tak akan padam dek kerana kata-kata nista

Selamat datang 32

Adakah hari-hari mendatang menjanjikan kebahagiaan?

Adakah sudah cukup amalan seharian sebagai bekalan mengadap YANG MAHA ESA?

Adakah sudah penuh ilmu di dada?

Adakah sudah terbalas segala jasa-jasa?

Adakah sudah banyak berjasa?

Adakah sudah terbela nasib keluarga?

Adakah sudah terjawab segala persoalan di dada?

Adakah sudah tercapai segala cita-cita?

Adakah sudah bersyukur dengan segala nikmat-NYA?

Selamat datang 32

Bersedia atau tidak kau tetap akan datang

Isikanlah hari-hari mendatang dengan ilmu

Perelokkanlah amalan dengan memperelokkan ibadat

Banyakkan memberi dengan bersedekah

Pupuklah kasih sayang dengan mengasihani

Sehatkan fizikal dengan beraktiviti

Jernihkan hati dengan solawat dan zikir

Gunakan masa dengan kegiatan bermanafaat

Teguhkan iman, jauhi kemungkaran.

Ya Allah panjangkanlah usiaku Ya Allah, usia yang berkualiti yang penuh keberkatan di dalamnya. Usia yang padat dengan pengisian amalan-amalan kepada-Mu Ya Allah. Usia yang bermanafaat sebelum dijemput mengadap-Mu Ya Allah. AMIN YA RABBAL ALAMIN…

 

"Glory is fleeting, but obscurity is forever."
~ Napoleon Bonaparte
Share

May
08

Biar apa pun panggilan, insan ini adalah insan yang terpenting dalam hidup kita. Waktu kita kecil mak lah segala-galanya, lapar dan dahaga kita-minta pada mak, sakit dan pening -pergi cari mak, nak duit beli coklat atau mainan-minta pada mak. Semua itu masa kecil tapi bila dah dewasa, bila dah ada kerjaya sendiri, ada kehidupan sendiri mak dah jadi no 2,3,10 atau nombor-nombor lain yang sudah pastinya bukan lagi no 1.

Nak jenguk mak sebulan sekalipun susah, nak telefon mak seminggu sekali pun payah, nak jaga mak masa sakit pun berkira-kira. Sedangkan waktu kita kecil mak menjaga kita tanpa kompromi, sakit sikit terus diubati, teringin nak makan sesuatu terus dicarikan. Segala-galanya dipenuhi dan terjaga. Mungkin juga kita lupa minuman pertama selepas kita lahir adalah susu ibu!!

Pengalaman menyaksikan kelahiran anak sendiri,kesusahan isteri semasa mengandung, kepayahan mengharungi sakit semasa bersalin dan selepas bersalin memberi gambaran bagaimana keadaan mak semasa mengandung dan melahirkan aku dulu, mungkin lebih susah keadaannya daripada apa yang aku saksikan. Pengorbanan seorang wanita yang bergelar mak dalam bertarung nyawa melahirkan dan pengorbanan dalam membesarkan kita tak mungkin dapat kita balas dengan apa ganjaran sekalipun. Hargailah dan sayangi emak kita semasa dia masih ada, bagi yang sudah tiada perbanyakkanlah amalan untuk kesejahteraan dia Di Sana.

Buat mak tersayang- Mariam bt Mat, Mama-Fuziah bt Darus, Isteriku-Hasniza bt Hambali dan kepada wanita-wanita lain seluruh dunia yang bergelar ibu, SELAMAT HARI IBU. Jasa kalian amat besar dan tak terhingga, semoga kalian semua senantiasa berada dalam lindungan Allah.

Buat kita semua yang bergelar anak, jadilah anak yang soleh/solehah yang selalu mendoakan kesejahteraan ibu-bapa kita dan semoga kita semua terpelihara daripada menjadi anak yang derhaka. Biarlah hanya Si Tanggang sahaja yang menderhakai ibunya, jangan pula sikapnya itu berjangkit dengan kita, nauzubillah-minta dijauhkan.

"The only difference between me and a madman is that I'm not mad."
~ Salvador Dali
Share

May
06

Betullah apa orang cakap, kalau fikiran berserabut, hati tak tenang kerja serba tak menjadi, fikiran tak fokus dan macam-macam lagi tak ketentuan dalam diri adalah lebih baik kita mencari ketenangan dengan balik kampung.

Baliklah ke kampung, jumpalah ibu-bapa kita ciumlah mereka,  tataplah wajah mereka, dengarlah luahan hati mereka, mungkin dengan berbuat begitu ‘sesuatu yang hilang’ dalam diri kita, akan kita ketemui kembali.

Buat anak-anak perantauan seperti aku selalu-selalulah ingatkan kampung, janganlah lupa udara segar di kampung, lumpur dan selut di bendang, bunyian air di sungai, kehijauan pergunungan  dan keriuhan ayam dan itik. Semua ini adalah kenikmatan untuk kita yang masih mempunyai kampung.

Selalunya kesibukan masa dan kekangan ekonomi yang sering membantutkan tindakan kita untuk pulang ke kampung dan keadaan ini juga yang membuatkan anak-anak kita kurang mesra dengan kampung. Ajarlah anak-anak kita untuk cintakan kampung,  bimbinglah mereka untuk tidak kekok tinggal di kampung, hubungkanlah tali persaudaraan dengan saudara yang masih berada di kampung, eratkanlah ikatan kekeluargaan. InsyaAllah dengan usaha kita yang sedikit ini akan menjadikan anak-anak kita nanti akan sentiasa ingat di mana asal usul mereka.

 

"The only difference between me and a madman is that I'm not mad."
~ Salvador Dali
Share

May
03

masa duk belek-belek kitab lama kat kampung, terjumpa balik bookmark yang dibagi dekat tetamu masa kenduri kawin dulu. Antara isi kandungan bookmark ni:-

Ya Allah… Andai Kau berkenan limpahkan kepada kami cinta yang Kau jadikan pengikat rindu Rasullullah dan Khadijah al-Qubra, yang Kau jadikan mata air kasih sayang Imam Ali dan Fatimah Az-Zahra, yang Kau jadikan penghias keluarga nabi Mu yang suci

Ya Allah…jadikanlah kami sebagai suami isteri yang saling mencintai di kala dekat, saling menjaga kehormatan di kala jauh, saling menghibur di kala duka, saling mengingatkan di kala bahagia, saling mendoakan dalam kebaikan dan ketaqwaan, saling menyempurnakan dalam peribadatan

Ya Allah…sempurnakanlah kebahagian kami dengan menjadikan penikahan ini sebagai ibadah kepada Mu dan bukti pengikatan cinta kami kepada sunnah rasul Mu

Ya Allah…kami mohon restu Mu, berkatilah majlis ini dan lindungilah agar ia berada berada dalam keadaan yang sempurna, semoga jodoh perkahwinan pasangan ini Marzuki & Hasniza berkekalan hingga ke akhir hayat dan dikurniakan zuriat yang soleh dan solehah.

Amin Ya Rabbal ‘Alamin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
"Not everything that can be counted counts, and not everything that counts can be counted."
~ Albert Einstein
Share

Switch to our mobile site