Archive

Archive for the ‘Produk Minsyam’ Category

Apr
01

Menguatkan Sistem Pertahanan badan (Immune System) pada diri manusia.

1. Makan beberapa titis minyak atau 5-7 biji Habbatus Sauda’ untuk dimakan setiap pagi sebelum sarapan. Amalkan secara berterusan.

2. Jika mempunyai masalah yang lebih berat, maka disyorkan mengambil satu sudu teh (5ml) sebelum sarapan pagi.

3. Selain dari itu sebagai alternatif Habbatus Sauda’ boleh di ambil sebagai kapsul atau kapsul minyak Habbatus Sauda’. Dosage adalah mengikut saranan pengeluar. Salah satu penemuan awal dalam kajian ke atas Habbatus Sauda ialah keupayaannya meningkatkan sistem pertahanan badan.

“ Habbatus Sauda’ memiliki peranan yang penting pada pencegahan tumor & kanser.Pada penggunaannya dalam waktu yang lama minyak Habbatus Sauda’ memperkuat sistem pertahanan badan. Selain itu dapat mempercepat pembelahan sel ”.Dr. Stanley Kopok,
University of Arizona, USA

Kesan pengambilan Habbatus Sauda’ dengan nilai pemakanan dan nilai perubatannya, bukan sahaja ia membantu memulihkan keadaan semasa tetapi ia juga membantu tubuh membina daya ketahanan terhadap kemungkinan serangan penyakit.

Share

Mar
01

 

Minsyam-Habbatus sauda

Minsyam - Habbatus Sauda

Analisis telah menunjukkan bahawa Minyak Habbatus Sauda’ mengandungi 0,5-1.5% essential oil. Ia mempunyai kesan holistic dengan baunya sahaja boleh mencetus pengluaran hormone dan bahan pembawa (messenger substance). Sebagai minyak ia dihadam masuk ke dalam salur limfa (lymphatic vessel) dalam usus, meresap ke dalam untuk membuka laluan dan membuang sumbatan (decongest) dalam kor sistem lymphatic.
KAEDAH PENGAMBILAN MINYAK

LUARAN
Bila disapu di luaran ia ada tindakbalas rubefacient ( membekas dan merangsang peredaran darah ditempat yang digosok) dan kesan bius tempatan lembut (local anaesthetic effect)

DALAMAN
Bila diambil secara dalaman, ia menyebabkan rembesan saliva, menjadi expectorant (Mengeluarkan kahak, mucus dan hingus dari paru-paru, bronkus dan trachea), melegakan kembung dan angin, colic sakit perut dan kesan purgative (pengeluaran isi perut)

HIDUAN

Bila dihidu aromanya, ia merembes cecair badan, dan melegakan salur nafas yang tersumbat (congestion of the bronchioles)

 

TINDAK BALAS HABBATUS SAUDA’ KEMUNGKINAN SEBAB/PUNCA

Berikut adalah senarai beberapa tindak balas awal yang mungkin berlaku jika mula-mula mengambil Habbatus Sauda’:

1. Muntah (Masalah sistem penghadaman)

2. Demam (Masalah usus kecil / besar)

3. Najis berdarah (Masalah anus (lubang dubur) dan buasir)

4. Cirit-birit (Masalah limpa / hati)

5. Berpeluh (pengeluaran haba dalam badan)

6. Sengal bahagian sendi (Masalah urat darah dan reaksi kelebihan asid uric)

7. Sakit Pinggang (Masalah buah pinggang)

8. Sakit tekak / kerongkong (Masalah paru-paru)

9. Kencing berbau (Masalah buah pinggang)

11. Kencing manis bertambah (Masalah hati dan pancreas)

12. Pengeluaran haid berlebihan (Proses perubatan hormon dan masalah limpa)

13. Bertambah selera makan (Proses perubatan kolestrol)

14. Bengkak anggota badan (Masalah buah pinggang)

15. Gatal hidung (Masalah resdung dan alahan)


Share

Nov
09

PENGENALAN

Produk ini mempunyai dua jenis pembungkusan, iaitu dalam kotak besar dan peket kecil. Dalam satu kotak besar mengandungi 12 peket kecil. Bagi setiap peket kecil mengandungi 20 kapsul sofgel. Ini bermakna, dalam setiap kotak besar mengandungi 240 kapsul sofgel.

Kapsul Minyak Zaitun Extra Virgin Syria” didatangkan khas dari negara Syria yang mana ia melalui proses perahan sejuk. Perahan sejuk (cold press) sangat penting di dalam menjaga nutrisi yang terkandung di dalam minyak zaitun.

Nabi s.a.w. bersabda:

“Makanlah minyak zaitun serta berminyaklah dengannya, kerana ia keluar dari pohon yang diberkati” (Riwayat Tirmizi)

Zaitun atau lebih dikenali di dalam istilah saintifik sebagai Oleaeurofa adalah tumbuhan yang beriklim Mediterranean. Pokoknya setinggi tiga meter. Daunnya hijau terang dan buah yang masak ranum berwarna ungu kehitaman serta amat kaya dengan vitamin A, B1, B2, C, D, E, K dan zat besi. Buah Zaitun yang paling baik kualitinya ialah yang dihasilkan di Greece. Manakala, Sepanyol dan Itali merupakan pengeluar minyak zaitun terbesar. Namun begitu 40% daripada minyak zaitun yang dijual di negara tersebut adalah berasal dari Syria.

KHASIAT MINYAK ZAITUN

  • Mengurangkan kadar kolesterol
  • Menghindari penyakit Kardiovaskular dan Arteriosclerosis
  • Mengelak pembentukan batu hempedu
  • Membantu penghadaman dan mengurangkan ulser perut
  • Antioksidan dan antikanser
  • Membantu meningkatkan metabolisme tubuh, pertumbuhan tulang dan tubuh yang baik (khasnya bagi kanak-kanak)
  • Menstabilkan asid lemak

CARA PENGGUNAAN

Dos yang dicadangkan ialah 2 biji kapsul setiap hari selepas makan. Sebaiknya diambil sebelum tidur.

HARGA JUALAN

RM10/peket

RM 120 sekotak.

untuk tempahan @ pembelian boleh melalui:

www.hargaiwaktu.lot.my

www.stormreaders.net/marzukibakar

email: marzuki.bakar@yahoo.com

h/p: 0123055087

Share

Nov
08



PENGENALAN

Nabi s.a.w. bersabda: “Kekallah kamu dengan habbatus sauda kerana padanya itu penawar bagi segala penyakit kecuali mati” (riwayat Bukhari)

Minsyam memilih untuk meningkatkan kualiti minyak habbatus sauda dengan memperkenalkan minyak habbatus sauda emas (gold habbatus sauda). Minyak perahan sejuk adalah yang dihasilkan dengan teknik perahan yang menggunakan teknik kehangatan rendah iaitu 25 darjah celsius. (sedangkan suhu badan manusia ialah 37darjah celsius). Tidak dinafikan sekiranya terdapat elemen panas dalam proses pemerahan, maka minyak yang dihasilkan akan lebih banyak. Bagaimanapun, ciri-ciri rasa, khasiat malahan warna akan berubah.

Sebagai contoh, sekiranya 1kg biji habbatus sauda diperah dengan teknik panas, akan dapat menghasilkan di antara 500g-750g minyak habbatus sauda. Berbanding dengan 150g kalau dihasilkan melalui perahan sejuk.

Dan jelas minyak habbatus sauda perahan sejuk dihasilkan dalam bentuk kuning keemasan, berbanding perahan panas yang berwarna gelap. Analogi yang mudah, boleh dilihat pada minyak masak. Semua minyak masak baru akan berwarna kuning keemasan, tapi apabila telah digunakan beberapa kali atau dihangatkan berkali-kali, warnanya akan menjadi gelap. Dan tidak lagi berkhasiat.

KHASIAT MINYAK HABBATUS SAUDA

  • Meningkatkan sistem imuniti (daya tahan badan)
  • Mengurangkan risiko sakit jantung
  • Memusnahkan tumor dan mengurangkan risiko pertumbuhan tumor
  • Mencegah dan merawat kanser payudara
  • Merawat asma
  • Meningkatkan pertumbuhan sel darah merah
  • Merawat kanser pankreas
  • Anti radang dan rheumatism dan banyak lagi

CARA PENGGUNAAN

Dos yang dicadangkan ialah 2 biji kapsul setiap hari selepas atau sebelum sarapan

HARGA JUALAN

RM 12.00 / peket (semenanjung)-sepeket bersamaan 20 biji kapsul

RM 12.50 / paket (Sabah &  Sarawak)

RM 144 / sekotak bersamaan 12 peket, 240 biji kapsul.

untuk tempahan @ pembelian boleh melalui

www.hargaiwaktu.lot.my

www.stormreaders.net/marzukibakar

email: marzuki.bakar@yahoo.com

h/p: 0123055087

Share

Nov
07

PENGENALAN

Olive Lotion dengan wangian lavender dan rosemary adalah merupakan produk yang dihasilkan khusus untuk kegunaan luaran. Olive lotion dihasilkan dengan menggunakan minyak zaitun murni dari negara Syria. Kombinasi wangian di antara lavender dan rosemary dapat memberikan anda kesegaran sepanjang hari. Gunakan Olive Lotion untuk mendapatkan rambut yang cantik dan kulit yang  lembut.

Produk ini dipek dengan enam botol di dalam satu kotak, setiap botol mengandungi 100ml.

Nabi s.a.w. bersabda:

“Makanlah minyak zaitun serta berminyaklah dengannya, kerana ia dapat merawat 70 penyakit, termasuk kusta” (At-Tibb Abu Nuaim)

Dalam kehidupan harian, baginda s.a.w. juga sangat banyak menggunakan minyak zaitun untuk berminyak sehingga para sahabat menggambarkan Nabi s.a.w. bagaikan peniaga minyak.

Perkara tersebut diriwayatkan oleh Imam At-Tirmizi di dalam kitabnya As-Syamail Al Muhammadiyyah.

KHASIAT

  • Digunakan untuk melembabkan kulit
  • Melambatkan uban
  • Mengurangkan rekahan kulit bagi wanita mengandung
  • Sangat baik digunakan sebagai minyak bayi
  • Mengurangkan risiko kanser kulit
  • Membantu meremajakan kulit
CARA PENGGUNAAN
Picit dan sapukan pada kulit dan rambut setiap kali selepas mandi atau sebelum tidur
HARGA JUALAN
rm20.00/botol (semenanjung)
untuk tempahan/pembelian boleh layari

Share