Archive

Archive for June, 2011

Jun
27

 

 

 

Dunia ini makin hari semakin sakit, sakit dengan tangan-tangan dan karenah-karenah manusia yang menjahanamkannya. Tanpa kita sedar perilaku kitalah yang bisa menyebabkan bala Allah tertimpa ke atas muka bumi ini. Daripada Abu Said al-Khudri r.a., Nabi s.a.w. bersabda: “Sesungguhnya dunia adalah manis dan indah. Allah telah menjadikan kamu sebagai khalifah di dunia. Lalu, Allah melihat bagaimana kamu beramal.” (Riwayat Muslim).

Antara Sebab-sebab turunnya bala:

  • Apabila harta negara hanya beredar pada orang-orang tertentu sahaja
  • Apabila amanah dijadikan sebagai satu sumber keuntungan
  • Zakat dijadikan hutang
  • Suami memperturutkan kehendak isteri
  • Anak derhaka terhadap ibunya sedangkan ia berbaik dengan kawannya
  • Anak suka menjauhkan diri daripada ayahnya
  • Suara sudah ditinggikan di dalam masjid
  • Yang menjadi ketua suatu kaum adalah seorang yang terhina di kalangan mereka
  • Seseorang dimuliakan kerana ditakuti akan kejahatannya
  • Khamar (arak) sudah diminum di merata tempat
  • Kain sutera banyak dipakai oleh kaum lelaki
  • Para artis disanjung-sanjung
  • Muzik banyak dimainkan
  • Generasi akhir umat ini menghina menyalahkan generasi pertama (sahabat)

Adakah antara sebab-sebab yang tersenarai di atas telah muncul dalam negara kita? Adakah kita bersedia menghadapi bala daripada Allah?

Muhasabahlah diri kita, perbetulkan tindakan, semoga kita terselamat daripada bala Allah.

 

"The only difference between me and a madman is that I'm not mad."
~ Salvador Dali
Share

Jun
21

Awal pagi merupakan waktu penting untuk menentukan perjalanan hidup kita seharian. Mood pagi yang ceria dan gembira akan menghasilkan hari yang indah untuk kita dan orang lain. Perkara yang sebaliknya akan berlaku sekiranya mood pagi kita dimulakan dengan keadaan yang stress dan marah-marah, ini akan menyebabkan kerja seharian kita akan terganggu dan kualiti kerja kita akan menurun.

Berikut disenaraikan beberapa amalan mudah yang boleh kita amalkan pada setiap pagi:

  • Bangunlah awal pagi-setelah terbangun dari tidur ucaplah syukur kepada Allah kerana telah diberikan nikmat kehidupan sehari lagi kepada kita.
  • Bersegeralah menyucikan diri-ambil wuduk dan tunaikan solat sunat tahajjud.                                                                                                                                                                                                                    Firman Allah dalam surah al-Isra’, ayat 79:Maksudnya: Dan bangunlah pada sebahagian daripada waktu malam serta kerjakanlah “solat Tahajjud” padanya, sebagai solat tambahan bagimu; semoga Tuhanmu membangkit dan menempatkanmu pada hari akhirat di tempat yang terpuji.
  • Banyakkanlah berdoa pada waktu awal pagi kerana ia antara waktu mustajab untuk berdoa-Daripada Abu Umamah al-Bahili r.a., Rasulullah s.a.w. ditanya oleh seseorang: “Apakah doa yang lebih didengar (lebih makbul dan mustajab)?” Baginda bersabda: “Waktu terakhir pada hujung malam dan sesudah solat-solat fardu.” (Riwayat al-Tirmizi)
  • Lakukanlah solat subuh berjemaah-Daripada Jundab bin Abdillah berkata, Rasulullah s.a.w. telah bersabda: “Barangsiapa yang solat subuh, maka ia berada dalam jaminan Allah.” (riwayat Imam Muslim dalam kitab sahihnya). Daripada Ibn Umar r.a., Nabi s.a.w. bersabda “Solat berjemaah lebih afdal daripada solat bersendirian sebanyak 27 darjat. (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
  • Amalkan membaca Al-Mathurat selepas subuh-Al Mathurat merupakan wirid dan doa harian yang diamalkan oleh Rasulullah s.a.w. Baginda adalah orang yang paling mengetahui betapa besarnya ganjaran yang diperolehi dari amalan doa dan wirid tersebut. Wirid, doa, zikir dan istighfar dalam Al-Mathurat ini akan memantapkan jiwa disamping memiliki keutamaan dalam segala aspek kehidupan. Mendidik hati agar sentiasa merindui Ilahi dan memberi kelapangan hidup dan kesihatan jasmani.
  • Amalkan solat sunat Dhuha-Daripada Ibn Umar r.a., katanya Rasulullah s.a.w bersabda: Firman Allah dalam hadis kudsi maksudnya: “Hai anak adam, solatlah kerana-Ku dua rakaat Dhuha pada awal hari nescaya Aku jamin hingga akhir hari tersebut.” (diriwayatkan oleh al-Tabrani dalam al-Kabir)

Marilah kita semua cuba mengamalkan amalan mudah ini setiap pagi. Amalan yang berterusan akan membentuk tabiat, insyaallah tabiat yang baik ini akan menjadi amalan sehingga akhir hayat kita. Daripada Aisyah r.ha., Rasulullah s.a.w. bersabda maksudnya: “Amalan yang paling disukai di sisi Allah Taala ialah sesiapa yang melakukan amalan itu secara berterusan sekalipun sedikit.” (Riwayat Muslim). Wallahua’lam.

"Glory is fleeting, but obscurity is forever."
~ Napoleon Bonaparte
Share

Jun
21

Bukan senang untuk berjaya. Jalan menuju kejayaan selalunya berliku, bersimpang, berbonggol-bonggol, berduri ataupun terlalu banyak cabang. Pendek kata tiada jalan pintas untuk berjaya. Kejayaan yang dicapai setelah berjaya mengharungi cabaran dan dugaan merupakan kejayaan yang terlalu manis untuk dikenang sebaliknya kejayaan yang dicapai dalam masa yang singkat biasanya kurang dihargai atau cepat dilupakan.

Perkara yang paling utama yang perlu kita ubah untuk berjaya ialah sikap kita. Antara sikap-sikap yang perlu diubah ialah

  • Sikap malas mencari ilmu
  • Sikap suka bertangguh kerja
  • Sikap yang cepat berputus asa
  • Sikap mudah berpuas hati
  • Sikap yang sukar untuk bekerjasama dalam kumpulan
  • Sikap yang sentiasa merasakan dirinya bagus
  • Sikap yang tidak boleh menerima kritikan dan pandangan orang lain

Adakah kita mempunyai sikap-sikap seperti yang disenaraikan di atas? Sesungguhnya tanpa kita sedar sikap-sikap inilah yang akan berada dalam minda bawah sedar kita, dan ia seterusnya mengarahkan minda sedar kita untuk menolak sikap-sikap positif untuk berjaya. Banteraslah sikap-sikap negatif ini jika mahu berjaya, tanamkan dalam diri ‘minat’ untuk berjaya. Apabila kita mempunyai minat untuk berjaya kita akan kerap mengulangi sikap-sikap positif dan menjauhi sikap-sikap negatif. Pengulangan yang baik akan menghasilkan tabiat yang baik. Tabiat yang baik akan memudahkan kita untuk berjaya. Insyaallah….

"Glory is fleeting, but obscurity is forever."
~ Napoleon Bonaparte
Share

Jun
12

Kos sara hidup yang tinggi membebankan kita. Harga barang naik, harga minyak naik tapi gaji tak naik-naik!! Zaman sekarang semuanya gunakan duit. Melangkah kaki keluar rumah jer kena pastikan poket berisi, kalau poket tak berisi kepala yang akan terisi dengan masalah. Di sini saya kongsikan sedikit tip-tip untuk mengurangkan kos sara hidup mungkin tip-tip ini berkesan untuk saya tapi tak berkesan untuk orang lain, mana yang baik boleh kita amalkan mana yang tak baik boleh kita perbaiki.

  • Berbelanjalah mengikut keperluan bukannya kehendak. Gunakanlah akal fikiran kita yang waras sebelum berbelanja, janganlah berbelanja mengikut hati kelak kita sendiri yang akan susah hati.
  • Gunakan kenderaan ringan untuk ke mana-mana. Motorsikal-jimat minyak, jimat tol. Kereta cc rendah-jimat minyak. Jika public transport di kawasan anda efisien lebih baik gunakan public transport-banyak jimatnya.
  • Kurangkan makan di luar-masaklah sendiri.
  • Membeli barangan peribadi ketika SALE. Ketika sale banyak barang yang diberikan harga diskaun, shoppinglah ketika ini, mungkin barangan yang kita idamkan dapat kita beli dengan harga yang murah.
  • Buatlah checklist sebelum keluar membeli belah-tabiat ini dapat mengelakkan kita membeli barang yang tak perlu.
  • Lakukanlah aktiviti riadah. Aktiviti riadah menyegarkan badan, menyihatkan minda. Aktiviti yang tidak memerlukan kos yang tinggi ini berupaya meningkatkan tahap kesihatan tubuh badan kita. Bila badan sihat kuranglah budjet kita untuk membeli ubat-ubatan. Badan sihat-duit jimat. Teori mudah yang boleh kita praktikkan.
  • Catit setiap sen perbelanjaan anda setiap hari. Tabiat ini dapat mengawal aliran keluar masuk duit kita.  Selain itu kita juga dapat menyekat perbelanjaan yang tak perlu.

Semoga tip-tip yang disenaraikan bermanafaat untuk semua.

"Do, or do not. There is no 'try'."
~ Master Yoda
Share

Jun
10

kek istimewa daripada insan teristimewa

Selamat datang 32

Hadirmu hanya sekali, bila kau berlalu tak mungkin akan kembali

Bila kau hadir, terasa cepatnya masa berlalu seperti baru semalam 18, ari ni dah 32

32-Hadirlah dengan semangat baru

Semangat yang bisa menerobos jauh mencari kekuatan diri

Semangat yang tak luntur untuk sentiasa melakukan perubahan

Semangat yang berapi untuk berjaya

Semangat yang jitu untuk membahagiakan keluarga

Semangat yang kental mencari ilmu di dunia untuk bekalan di SANA

Semangat yang tak akan padam dek kerana kata-kata nista

Selamat datang 32

Adakah hari-hari mendatang menjanjikan kebahagiaan?

Adakah sudah cukup amalan seharian sebagai bekalan mengadap YANG MAHA ESA?

Adakah sudah penuh ilmu di dada?

Adakah sudah terbalas segala jasa-jasa?

Adakah sudah banyak berjasa?

Adakah sudah terbela nasib keluarga?

Adakah sudah terjawab segala persoalan di dada?

Adakah sudah tercapai segala cita-cita?

Adakah sudah bersyukur dengan segala nikmat-NYA?

Selamat datang 32

Bersedia atau tidak kau tetap akan datang

Isikanlah hari-hari mendatang dengan ilmu

Perelokkanlah amalan dengan memperelokkan ibadat

Banyakkan memberi dengan bersedekah

Pupuklah kasih sayang dengan mengasihani

Sehatkan fizikal dengan beraktiviti

Jernihkan hati dengan solawat dan zikir

Gunakan masa dengan kegiatan bermanafaat

Teguhkan iman, jauhi kemungkaran.

Ya Allah panjangkanlah usiaku Ya Allah, usia yang berkualiti yang penuh keberkatan di dalamnya. Usia yang padat dengan pengisian amalan-amalan kepada-Mu Ya Allah. Usia yang bermanafaat sebelum dijemput mengadap-Mu Ya Allah. AMIN YA RABBAL ALAMIN…

 

"Patriot: the person who can holler the loudest without knowing what he is hollering about."
~ Mark Twain
Share

Jun
04

YA ALLAH YA RAHMAN YA RAHIM, lindungilah dan peliharakanlah kami, kedua ibu-bapa kami, isteri kami, anak-anak kami, kaum keluarga kami dan semua orang islam dari azab api neraka-Mu YA ALLAH.

Sesungguhnya kami tidak layak untuk menduduki syurga-Mu YA ALLAH namun tidak pula kami sanggup ke neraka-Mu YA ALLAH, Ampunilah dosa-dosa kami, terimalah taubat kami dan terimalah segala ibadat dan amalan kami dengan rahmat-Mu YA ALLAH……AMIN.

Luasnya Neraka

Yazid Arraqqashi dan Anas bin Malik r.a. berkata Jibrail datang kepada Nabi Muhammmad s.a.w. pada waktu yang tidak biasa datang dalam keadaan berubah mukanya, maka ditanya oleh nabi s.a.w : ” Mengapa aku melihat kau berubah muka?”

Jawabnya: ” Ya Muhammad, aku datang kepadamu disaat Allah menyuruh supaya dikobarkan penyalaan api neraka, maka tidak layak bagi orang yang mengetahui bahawa neraka jahanam itu benar, dan siksa kubur itu benar, dan siksa Allah itu terbesar untuk bersuka-suka sebelum ia merasa aman daripadanya.”

Lalu Nabi s.a.w bersabda : ” Ya jibrail’ jelaskan padaku sifat jahanam.”

Jawabnya : ” Ya, ketika Allah menjadikan jahanam maka dinyalakan selama 1000 tahun sehingga merah, kemudian dilanjutkan 1000 tahun sehingga putih, kemudian 1000 tahun sehingga hitam, maka ia hitam gelap, tidak pernah padam nyala dan baranya. Demi Allah yang mengutus engkau dengan hak, andaikan terbuka sebesar lubang  jarum nescaya akan dapat membakar penduduk dunia semuanya kerana panasnya. Demi Allah yang mengutus engkau dengan hak, andaikan satu baju ahli neraka itu digantung di antara langit dan bumi nescaya akan mati penduduk bumi kerana panas dan basinya. Demi Allah yang mengutus engkau dengan hak, andaikan satu pergelangan dari rantai yang disebut dalam Al-Quran itu diletakkan di atas bukit, nescaya akan cair sampai ke bawah bumi yang ke tujuh. Demi Allah yang mengutus engkau dengan hak, andaikan seorang di hujung barat yang tersiksa, nescaya akan terbakar orang-orang yang di hujung timur kerana panasnya. Jahannam itu sangat dalam dan perhiasannya besi, dan minumannya air panas campur nanah dan pakaiannya potongan-potongan api. Api neraka itu ada 7 pintu, tiap-tiap pintu ada bahagiannya yang tertentu dari orang-orang laki dan perempuan.”

Nabi s.a.w. bertanya : “adakah pintu-pintunya bagaikan pintu-pintu rumah kami?”

Jawabnya : ” tidak, tapi sentiasa terbuka, setengahnya di bawah dari yang lainnya, dari pintu-ke pintu jarak perjalanan 70000 tahun, tiap pintu lebih panas dari yang lain 70 kali ganda.” (yang lebih bawah lebih panas)

Tanya Rasulullah s.a.w. : ” Siapakah penduduk masing-masing pintu.”

Jawab Jibrail: “Pintu yang terbawah untuk orang-orang munafik, dan orang-orang yang kafir setelah diturunkan hidangan mukjizat Nabi Isa a.s. serta keluarga Fir’aun sedang namanya Al- Hawiyah.

Pintu kedua tempat orang-orang musyrikin bernama Jahim,

Pintu ketiga tempat orang shobi’in bernama Saqar,

Pintu keempat tempat iblis dan pengikutnya dari kaum majusi bernama Ladha,

Pintu kelima orang Yahudi bernama Huthomah,

Pintu keenam tempat orang nasara bernama Sa’eir.”

Kemudian Jibrail diam segan pada Rasulullah s.a.w. sehingga ditanya:

“Mengapa tidak engkau terangkan penduduk pintu ketujuh?”

Jawabnya: “Di dalamnya orang-orang yang berdosa besar di kalangan umatmu yang sampai mati belum sempat bertaubat.” Maka Nabi s.a.w  jatuh pengsan ketika mendengar keterangan itu, sehingga Jibrail meletakkan kepala Nabi s.a.w. di pangkuannya sehingga sedar kembali dan sesudah sedar

Nabi s.a.w bersabda: “Ya Jibrail sudah besar kerisauanku dan sangat sedihku, apakah ada seorang dari umatku yang akan masuk ke dalam neraka?” Jawabnya: “Ya, iaitu orang yang berdosa besar dari umatmu.”

Kemudian Nabi s.a.w. menangis, Jibrail turut menangis, kemudian Nabi s.a.w. masuk ke dalam rumahnya dan tidak keluar kecuali untuk sembahyang kemudian kembali dan tidak berbicara dengan orang lain dan bila sembahyang selalu menangis dan minta kepada Allah. (dipetik daripada kitab ‘Peringatan Bagi Yang Lalai‘)

Dari Hadith Qudsi: Bagaimana kamu masih boleh melakukan maksiat sedangkan kamu tidak dapat bertahan dengan panasnya terik matahari-Ku. Tahukah kamu bahawa neraka Jahannam Ku itu:

  1. Neraka Jahannam itu mempunyai 7 tingkat
  2. Setiap tingkat mempunyai 70000 daerah
  3. Setiap daerah mempunyai 70000 kampung
  4. Setiap kampung mempunyai 70000 rumah
  5. Setiap rumah mempunyai 70000 bilik
  6. Setiap bilik mempunyai 70000 kotak
  7. Setiap kotak mempunyai 70000 batang pokok zarqum
  8. Di bawah setiap pokok zarqum mempunyai 70000 ekor ular
  9. Di dalam mulut setiap ular yang panjangnya 70 hasta mempunyai lautan racun yang hitam pekat
  10. Juga di bawah setiap pokok zarqum mempunyai 70000 rantai
  11. Setiap rantai diseret oleh 70000 Malaikat

Mudah mudahan dapat menimbulkan keinsafan kepada kita semua. Wallahua’lam.

Al-Quran surah Al-Baqarah ayat 159: Sesungguhnya orang-orang yang menyembunyikan apa yang telah Kami turunkan dari keterangan-keterangan dan petunjuk hidayat, sesudah Kami terangkannya kepada manusia dalam kitab suci, mereka itu dilaknat oleh Allah dan dilaknat oleh sekalian makhluk.

sumber: Masjid Abdul Rahman bin A’uf  jalan Kelang Lama

 

 

 

"Glory is fleeting, but obscurity is forever."
~ Napoleon Bonaparte
Share

Jun
02

Daripada Muaz bin Jabal r.a., Nabi s.a.w. bersabda: “Mohonlah perlindungan dengan Allah daripada ketamakan yang menjadi tabiat.” (Riwayat Ahmad & al-Hakim)

Kisah anjing dengan bayang-bayangnya.

Seekor anjing menggonggong seketul daging di mulutnya. Ketika melalui sebatang jambatan yang merentangi sungai, anjing itu terpandang wajahnya di air. Apabila terpandangkan bayang-bayangnya di air, ia merasakan terdapat anjing lain yang menggonggong daging yang lebih sedap. Ia pun cuba untuk merampas daging dari bayang-bayangnya sendiri, malangnya daging yang digonggongnya terlepas lalu terjatuh ke dasar sungai. ‘Apa yang di kejar tak dapat, apa yang dikendong berciciran.’ Moralnya sifat tamak tak menguntungkan, tuntutan hawa nafsu yang dimanjakan akan merosakkan kita, tetapi jika kita paksakan ia pada seadanya nescaya ia akan menuruti kehendak kita.

Sifat tamak menjerat diri

Sesungguhnya jalan menuju kebahagiaan ialah apabila kita berhenti mengejar sesuatu yang tidak mampu kita raih. Selagi kita memiliki minda yang tamak, kita tidak akan merasa puas dengan apa yang ada. Sifat tamak boleh menjerat dan mengheret diri kita melakukan kesilapan yang boleh menghancurkan reputasi dan masa depan kita. Bila sifat tamak menguasai diri, kita akan terdorong untuk menipu, mencuri atau terlibat dengan aktiviti haram semata-mata untuk kepuasan diri. Tindakan-tindakan ini akan membinasakan diri kita.

Apabila kita berkehendakkan sesuatu yang lebih dalam masa yang singkat tanpa mahu berusaha bersungguh sungguh tak kiralah dari segi kenaikan pangkat, harta benda, wang dan pengaruh semuanya tergolong sebagai tamak. Kenaikan pangkat dengan cara menjatuhkan orang lain, harta benda dan wang ringgit bertimbun dengan cara mencuri atau rasuah, pengaruh yang hebat dengan cara memfitnah dan menipu merupakan tindakan-tindakan yang wujud bila sifat tamak menguasai diri.

Cukuplah dengan apa yang ada

Kita tidak akan pernah sedar bila masanya kita merasa cukup untuk diri kita sehinggalah kita sedar apa yang kita dapat sebenarnya adalah sudah lebih daripada cukup. Tidak berpuashati dengan apa yang ada merupakan sifat tamak. Kebanyakkan orang tidak tahu apa yang lebih daripada cukup untuk diri mereka, dan ini menjadikan mereka berasa sentiasa tidak cukup. Berpuashatilah dan bersyukurlah dengan apa yang ada, sebelum Allah tarik balik nikmat yang telah dikurniakan-Nya kepada kita.

Sesungguhnya kekayaan dan kejayaan yang dihasilkan tanpa bersusah payah, kebanyakkannya berakhir menjadi laknat, bukan nikmat, dan menjadi kesengsaraan bukan kebahagiaan. Jauhilah sifat tamak kerana ia bisa merosakkan diri dan jiwa kita.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
"Patriot: the person who can holler the loudest without knowing what he is hollering about."
~ Mark Twain
Share

Switch to our mobile site