Archive

Archive for September, 2011

Sep
10

Pernah seorang anak lelaki bertanya kepada ibunya yang sedang menulis.

“Apa ibu sedang tulis? Ibu menulis tentang siapa? Atau pengalaman ibu?”

“Ibu menulis tentang diri kamu, tapi ada yang lebih penting daripada itu iaitu pensil ini.”

“Apa yang istimewa tentang pensil ini?” tanya si anak.

“Ibu berharap hidupmu adalah seperti pensil ini. Walaupun sebatang pensil, ada lima nilai yang boleh kita pelajari daripadanya. Mahu tahu?”

“Ya, ibu.”

Pertama, pensil ini mengingatkan jika kamu membuat sesuatu yang hebat dalam hidup ini. Jangan lupa, ibarat pensil, ada tangan yang memegangnya. Maka, ingatlah akan adanya kuasa yang akan membimbing langkah hidupmu iaitu Allah s.w.t. Dia akan selalu membimbing kita menurut kehendak-Nya.

Kedua, ketika menulis, pensil kerap menjadi tumpul. Ibu terpaksa berhenti untuk mengasahnya. Pensil ini pasti menderita ketika diraut, tetapi hasilnya ia menjadi tajam dan bagus tulisannya. Begitu juga akan berlaku dalam hidup kamu. Kamu mesti berani menempuh kesusahan kerana ia menjadi baja atau sebab untuk dirimu menjadi lebih baik.

Ketiga, pensil ini mungkin menghasilkan tulisan yang salah. Namun kita boleh memadamkan dan betulkan tulisan ini semula. Begitulah yang ibu harapkan kepada anak ibu ini, sentiasalah memperbaiki kesalahan dalam hidup. Ia bukan sesuatu yang hina kerana dengan memperbaiki kesalahan, kita akan sentiasa berada di jalan yang benar.

Keempat, tahukah anak ibu mana yang lebih penting, luar atau isi pensil ini? Sudah tentu arang atau carbon didalamnya. Oleh sebab itu berhati-hatilah dengan apa yang tidak baik dalam diri kamu dan hindarilah.

Kelima, pensil ini selalu meninggalkan tanda atau goresan. Begitu juga kamu, apa sahaja yang kamu buat pasti akan meningalkan kesannya pada diri atau pada orang lain. Ibu berharap kamu akan selalu berhati-hati dan bijak dalam bertindak.

Inilah antara kata-kata yang baik untuk si anak membawa prinsip yang positif. Wahai ibu bapa, jangan berputus asa. Apa sahaja kata-kata semangat yang kita ulang-ulangkan kepada anak-anak (walau nampak seperti mereka tidak mengendahkan) pasti akan memberi bekas dalam jiwa mereka.  Ulang-Ulangkanlah!”"

SUMBER- SOLUSI ISU35 SIHAT TANPA MAKSIAT

"Glory is fleeting, but obscurity is forever."
~ Napoleon Bonaparte
Share

Sep
07

Eksiklopedia ini harus menjadi rujukan yang penting bagi kegunaan pusat sumber, perpustakaan awam, pusat pengajian tinggi, sekolah, masjid, madrasah, kelas pengajian malah setiap rumah harus memilikinya untuk panduan seisi keluarga.

Kelebihan Ensiklopedia solat ini:

  • Maklumat dan ilmu yang berkaitan dengan solat
  • Keistimewaan ensiklopedia ini berbanding dengan ensiklopedia lain yang ada di pasaran kerana mengandungi pelbagai keterangan daripada aspek fiqah, falsafah, sejarah dan saintifik.
  • Setiap entri disampaikan dengan mengintegrasikan semua aspek ilmu supaya sesuai untuk rujukan kotemporari
  • Disusun mengikut pendekatan mesra pembaca
  • Disertakan dengan ilustrasi, foto, gambar rajah, peta minda dan jadual.
  • Semua hadis yang digunakan mempunyai matan, sanad dan no hadis untuk memudahkan para pembaca membuat rujukan.

HARGA JUALAN

RM 100 (untuk tempahan/pembelian boleh melalui www.stormreaders.net/marzukibakar

email: marzuki.bakar@yahoo.com hp:0123055087

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
"Patriot: the person who can holler the loudest without knowing what he is hollering about."
~ Mark Twain
Share

Switch to our mobile site