Muslim meriwayatkan daripada Umar r.a., dia berkata:
“Tatkala kami sedang duduk bersama Rasulullah SAW tiba-tiba datang seorang lelaki yang mengenakan pakaian sangat putih, mempunyai rambut yang sangat hitam, tidak terlihat padanya tanda-tanda bahawa dia seorang yang sedang bermusafir, dan tidak ada seorang pun dari kami yang mengenali lelaki tersebut. Dia lalu duduk di hadapan Nabi SAW dengan menyandarkan lututnya ke lutut Nabi dan meletakkan kedua telapak tangannya di atas peha beliau. Kemudian dia bertanya Nabi: “Wahai Muhammad, tolong terangkan kepadaku tentang apa itu islam?” Rasulullah SAW lalu menjawab: ‘Islam ialah engkau bersaksi bahawa tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah, dan bahawa Nabi Muhammad adalah pesuruh Allah; engkau mendirikan solat, engkau menunaikan zakat, engkau berpuasa di bulan Ramadan, dan engkau menunaikan ibadah haji ke Baitullah jika mampu’.
Dia berkata: ‘Engkau benar’. Kami merasa hairan, kerana dia yang bertanya, namun dia pula yang membenarkan. Dia berkata lagi: Tolong terangkan pula kepadaku tentang apa itu iman?’ Rasul menjawab: “Imam ialah engkau beriman kepada Allah, para malaikatnya, kitab-kitab-Nya, para Rasul-Nya,hari kiamat, dan engkau beriman kepada qadak dan qadar Allah, sama ada yang baik mahupun yang buruk.‘ Dia pun berkata : ‘Engkau benar.”
Dia bertanya lagi: “Tolong terangkan juga kepadaku apa itu ihsan?” Rasul menjawab: “Ihsan ialah beribadah kepada Allah seolah-olah engkau melihat-Nya; dan jika engkau tidak melihatnya, engkau yakin bahawa Allah pasti melihatmu. “Seterusnya, dia berkata: Tolong terangkan kepadaku bila tibanya hari kiamat.” Rasul menjawab: “Yang ditanya tidak lebih tahu daripada yang bertanya.” Dia berkata lagi: “Kalau begitu, tolong terangkan kepadaku tanda-tanda hampir berlakunya hari Kiamat. “Rasul menjawah: “Tanda-tandanya adalah ketika hamba wanita telah melahirkan tuannya; ketika engkau telah menyaksikan orang yang sangat fakir telah bermegah-megah dalam membangunkan tempat tinggal.‘Lalu, orang tersebut meninggalkan kami. Aku terdiam seketika, Rasul lalu bertanya kepadaku: ‘Wahai Umar tahukah engkau siapakah lelaki yang bertanya tadi?” Aku menjawab: “Allah dan Rasul-Nya yang lebih tahu”. Rasul menjawab: “Dia adalah Jibrail yang datang kepada kamu untuk mengajarkan kamu akan agama kamu.”
Maksud “hamba wanita telah melahirkan tuannya ” adalah seorang wanita telah melahirkan anak tuannya dari hasil hubungan sulit mereka dan telah menjadi suatu budaya, kerana jika tidak dikatakan budaya, kejadian seorang wanita yang melahirkan anak tuannya dari hasil hubungan sulit tidak akan pernah,berlaku, sama ada pada zaman Nabi SAW masih ada, zaman sahabat,mahupun pada zaman sesudah mereka. (Riwayat Muslim no.8)
sumber: Ringkasan Riyadhus Solihin

"I find that the harder I work, the more luck I seem to have."
~ Thomas Jefferson