Archive

Archive for December, 2011

Dec
24

 

101 Doa Daripada Hadis-hadis Sahih

Penulis : Dr. Zahazan Mohamed

Terbitan : Telaga Biru Sdn Bhd.

Edaran : Telaga Biru Sdn Bhd

Harga : RM 29.90

untuk tempahan boleh melalui:

www.stormreaders.net/marzukibakar

email: marzuki.bakar@yahoo.com

Hp: 0123055087

Doa dan Zikir mampu menjadi motivasi diri untuk menguatkan rohani dan jiwa. Ahli psikologi mengatakan, apa yang minda kita mampu fikir, kita mampu buat. Fikiran minda itu ialah doa dan zikir.

Apabila kita beroa, kita membayangkan (visual) natijah yang ingin kita capai. Segala kekuatan lahir, pengalaman, kemahiran dan kekuatan batin daripada tenaga dalaman akan dipadukan untuk mencapai apa-apa yang dihajatkan.

Apabila diketengahkan dan diamalkan dalam kehidupan seharian, doa dan zikir mampu menjadi senjata yang ampuh.

Selain itu, doa dan zikir juga perlu melalui adab dan kaifiat untuk mendatangkan kesan yang optimum. Doa dan zikir ialah suara hati. Namun jika doa dan zikir itu daripada hadis, bermakna pemohon membawa suara hati Rasulullah s.a.w. untuk memohon daripada Allah s.w.t. Sudah tentunya impaknya lebih kuat.

Pada masa yang sama, doa tidak pula menghalang kita daripada berusaha. Orang bukan Islam juga berdoa menggunakan kaedah mereka yang tersendiri. Mereka juga berjaya menempa kecemerlangan.

untuk tempahan boleh melalui:

www.stormreaders.net/marzukibakar

email: marzuki.bakar@yahoo.com

Hp: 0123055087

"Do, or do not. There is no 'try'."
~ Master Yoda
Share

Dec
21

Tanda-tanda takut kepada Allah itu kelihatan dalam tujuh perkara

  1. Pada lisannya. Dia menghindarkan diri daripada dusta, ghibah, menyebar fitnah, berbual kosong dan banyak bercakap. Malah menyibukkan diri dengan zikir, membaca al-Quran dan muzakarah ilmu.
  2. Pada hatinya. Dia membuang rasa pemusuhan, kebodohan dan kedengkian terhadap sahabatnya. Lantaran kedengkian dapat mengahapuskan kebaikan. Sebagaimana Rasulullah SAW telah bersabda: Hasad itu dapat memakan kebaikan sebagaimana api membakar kayu.Ketahuilah bahawa hasad itu penyakit hati yang amat berbahaya. Tidak ada ubat untuk penyakit hati selain dari ilmu dan amal.
  3. Pada pandangannya. Maka dia tidak suka memandang pada makanan, minuman, pakaian atau hal-hal lain yang haram. Tidak pula terpikat pada dunia. Tetapi dia memandangnya dengan mengambil iktibar. Rasulullah SAW telah bersabda: “Barangsiapa memenuhi matanya dengan perkara haram, maka Allah akan memenuhinya daripada api pada hari Kiamat.”
  4. Pada perutnya. Maka perutnya tidak diisi barang yang haram. Itu dosa besar. Sebagaimana Nabi SAW bersabda: “Manakala sesuap daripada barang haram masuk ke perut seseorang, maka seluruh Malaikat di langit dan di bumi melaknatinya selama sesuai atau seteguk barang itu berada dalam perutnya. Jika dia mati dalam keadaan demikian, maka tempatnya di Neraka.”
  5. Pada kedua tangannya. Dia tidak menggunakan untuk perkara yang haram. tetapi hanya menggunakannya untuk taat kepada Allah.
  6. Pada langkah (kakinya). Dia tidak berjalan untuk maksiat, tetapi hanya melangkah untuk taat kepada Allah, mencari keredhaan-Nya serta untuk ergaul dengan para ulama dan orang-orang soleh.
  7. Terlihat pada ketaatannya. Dia menjadikan ketaatannya semata-mata untuk mencari keredhaan Allah. Takut pada riak dan munafik.

Barangsiapa melakukan tujuh perkara tersebut, maka dia termasuk dalam kategori orang-orang yang dikatakan oleh Allah SWT: “Sesungguhnya orang-orang yang bertakwa adalah ditempatkan di dalam beberapa taman syurga, dengan matair-matair terpancar daripadanya,”  (Q.S Al Hirr : 45)

Dan seharusnya seorang mukmin harus berada di antara rasa takut dan berharap. Dia harus sentiasa mengharapkan Rahmat Allah. Tidak berputas asa mengharapkan rahmat Allah. Tidak berputus asa mengharapkanannya. Sepertimana termaktub dalam firman Allah:Jangan engkau berputus asa terhadap rahmat Allah”  (Q.S. Asy Syura: 28)

"Patriot: the person who can holler the loudest without knowing what he is hollering about."
~ Mark Twain
Share

Dec
18

 

Solat Sunat Kaitannya Dengan Keperluan Masa Kini

Penulis : Ustaz Abdul Rahman Mohamed

Penerbit : Telaga Biru Sdn. Bhd.

Harga : RM29.90 (Sem. M’sia)/ RM31.90 (Sbh/Srwk)

untuk tempahan boleh melalui:

http://www.stormreaders.net/marzukibakar

email: marzuki.bakar@yahoo.com

Hp: 0123055087

Buku Solat Sunat: Kaitannya Dengan Keperluan Masa Kini merupakan sebuah buku yang unik dan berbeza daripada buku-buku panduan solat yang lain. Ia menerangkan secara terperinci kelebihan-kelebihan atau hikmah yang terdapat dalam setiap solat sunat, yang jarang diketahui ramai.

Sebagai contoh, tidak ramai yang mengetahui bahawa solat sunat Dhuha boleh mengubati penyakit sendi di samping akan memurahkan rezeki kepada mereka yang mengamalkannya.

Buku ini juga turut menerangkan tatacara solat-solat sunat yang ada dalam Islam. Ia turut dilengkapi dengan paparan situasi masalah-masalah masyarakat dan cara penyelesaiannya iaitu dengan melaksanakan solat sunat tertentu.

Di samping itu, setiap masalah solat sunat yang diutarakan dalam buku ini pastinya disertai hadis, cerita serta gambar yang menyokong.

Ini akan memudahkan para pembaca untuk lebih memahami kandungan buku ini dengan lebih menyeluruh.

untuk tempahan boleh melalui:

http://www.stormreaders.net/marzukibakar

email: marzuki.bakar@yahoo.com

hp: 0123055087

 

"I find that the harder I work, the more luck I seem to have."
~ Thomas Jefferson
Share

Dec
17

“Wahai Tuhanku, lapangkanlah bagiku, dadaku; Dan mudahkanlah bagiku, tugasku; Dan lepaskanlah simpulan dari lidahku, supaya mereka faham perkataanku.”

Keterangan dan Petua Beramal

Al-Quran mengisahkan tentang misi kerasulan Nabi Musa a.s. untuk berdepan dengan Firaun berdakwah tentang Islam, cara hidup yang dikehendaki Allah s.w.t. Menyedari kekurangannya dari sudut fizikal untuk berdebat dengan Firaun, ayahanda angkatnya yang angkuh, maka Nabi Musa a.s. telah berdoa untuk mendapat kekuatan. Adalah diriwayatkan bahawa Nabi Musa tidak petah bercakap kerana bara api yang telah membakar lidah baginda sewaktu kecil. Nabi Musa pernah memukul kepala Firaun semasa masih kecil ketika didukungnya. Perkara ini menyebabkan Firaun merasa marah dan hendak menjatuhkan hukuman keatasnya iaitu dipancung. Isterinya Asiah yang terlalu kasih kepada Musa meminta diberikan kepadanya peluang untuk diadili kerana beliau masih kecil. Lantas diberi pilihan antara bara dan permata. Apabila beliau hendak mencapai permata, Jibrail menolak tangannya kepada bara lalu dimakannya, hingga terbakarlah lidahnya. Walaupun begitu, ini tidak bermakna Nabi Musa seorang yang terlalu gagap sehingga gagal menarik golongan yang hendak diserunya kerana hal seperti ini tidak logik bagi manusia yang dipilih Allah untuk menjadi pemimpin bertaraf rasul.  (Tafsir Ruhil Ma’ani, tafsir surah Taha : 25-28)

Amalkan ayat ini dipermulaan ucapan untuk mendapat kekuatan menyampaikan hasrat hati kepada sesiapa sahaja, terutamanya jika dipilih menjadi pemimpin yang bertanggungjawab menyampaikan sesuatu perkara dan peringatan orang lain.           (101 Doa Para Nabi & Rasul, terbitan Telaga Biru Sdn Bhd)

Sumber : Doa & Zikir Harian -Ust Zahazan Mohamed

"I find that the harder I work, the more luck I seem to have."
~ Thomas Jefferson
Share

Dec
16

Tawakal

Al-Bukhari dan Muslim meriwayatkan daripada Ibn’ Abbas r.a., beliau berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda:

Maksudnya: “Pernah dilihatkan gambaran seluruh umat kepadaku. Di dalamnya aku melihat seorang nabi bersama beberapa orang (kurang daripada 10) yang menyertainya, seorang nabi yang disertai satu atau dua orang, dan seorang nabi yang tidak ada orang menyertainya. Setelah itu, tiba-tiba diperlihatkan kepadaku sekumpulan manusia yang ramai jumlahnya yang aku ingat bahawa mereka adalah umatku, namun dikatakan kepadaku: ‘Ini adalah Nabi Musa dan umatnya. Sekarang cuba engkau lihat ke arah yang lain.’ Aku pun melihat ke arah yang lain dan di sana juga ada sekumpulan manusia yang ramai jumlahnya, namun dikatakan pula kepadaku: ‘Sekarang cuba engkau lihat ke arah yang lain pula.’ Aku pun melihat ke arah tersebut dan di sana juga ada sekumpulan manusia yang ramai jumlahnya. Di ketika itulah dikatakan kepadaku: ‘Inilah umatmu. Di antara mereka ada seramai 70000 orang yang akan masuk syurga tanpa dihisab dan tanpa diseksa sebelumnya.’ “Ibn Abbas berkata: “Setelah itu Baginda bangun, lalu masuk ke rumah baginda. Para sahabat pun ketika membicarakan perihal orang yang masuk syurga tanpa hisab dan tanpa seksa itu. Seorang daripada mereka berkata: ‘Mungkinkah mereka itu adalah orang yang menjadi sahabat Rasulullah.’ Yang lain berkata: ‘Boleh jadi mereka adalah orang yang dilahirkan dalam Islam, lalu tidak mempersekutukan Allah.’ Setiap salah seorang daripada mereka mempunyai pendapat yang berbeza. Akhirnya, Rasulullah SAW keluar menemui mereka dan berkata: ‘Apa yang sedang kamu bincangkan?’ Mereka pun memberitahukannya. Seterusnya, baginda bersabda: ‘Mereka adalah orang yang tidak pernah menjampi, tidak minta dijampi, tidak melakukan tilik nasib, dan selalu bertawakal hanya kepada Tuhan mereka.‘ Mendengar hal itu, Ukasyah bin Mihshan lalu berdiri dan berkata: ‘Mohonlah pertolongan kepada Allah agar Dia mahu menjadikan aku termasuk golongan mereka.’ Nabi menjawab: ‘Insya-Allah engkau termasuk golongan mereka.’ Setelah itu ada orang lain lagi yang berdiri dan berkata: ‘Mohonlah pertolongan juga kepada Allah agar Dia mahu menjadikan aku termasuk golongan mereka.’ Lalu Nabi menjawab: ‘Engkau telah didahului oleh Ukasyah.’”                (Riwayat al-Bukhari no.5705 dan Muslim no.220)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
"I find that the harder I work, the more luck I seem to have."
~ Thomas Jefferson
Share

Switch to our mobile site