Minsyam

Bismillahirrahmanirrahim

Alhamdulillah segala puji bagi Allah tuhan semesta alam.

Selawat danĀ  salam keatas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w.,

para sahabat dan seluruh pejuang Islam.

Produk Amalan Dan Pemakanan Sunnah

merupakan tunjang kepada usaha Minsyam.

Dengan berteraskan tunjang tersebut Minsyam berusaha untuk

memperkenalkan produk-produk yang berasaskan amalan dan pemakanan

yang telah disebutkan serta dianjurkan oleh al-Quran dan juga as-Sunnah.

Setiap perkara yang dianjurkan oleh al-Quran mahupun as-Sunnah

tentunya di sana mempunyai nilai yang tinggi.

Disamping itu juga, ganjaran yang berupa pahala tentunya diberikan

bagi mereka yang meyakini serta mengamalkan

apa yang telah disarankan tersebut.

Namun, amat menyedihkan apabila apa yang dianjurkan

Islam itu sering dipertikaikan, bukan sahaja dari orang bukan Islam,

malahan dari penganut Islam itu sendiri

walaupun di sana disediakan ganjaran berupa pahala

bagi yang mengamalkannya.

Oleh yang demikian, Minsyam cuba tampil untuk

memperkenalkan bahawa apa yang dianjurkan atau diajarkan

oleh Islam itu merupakan pilihan yang terbaik untuk kita amalkan

dalam kehidupan seharian kita.

Jesteru, marilah sama-sama kita berganding bahu untuk

memperkenalkan tentang produk-produk amalan dan pemakanan sunnah,

bukan sahaja untuk mendapat keuntungan duniawi,

tetapi turut berusaha untuk mengaut keuntungan ukhrawi.

Semoga usaha kecil ini dapat membantu kita semua

untuk mengenal erti sebenar keindahan Islam dan keagungannya.

Akhir kalam, terima kasih di atas sokongan anda terhadap

produk Minsyam ini. Diharap anda semua mendapat manfaat

yang terbaik daripada apa yang Minsyam cuba tampilkan.

klik disini untuk keterangan lanjut mengenai produk

 

 

 

Share

Add reply

*