About me

Penulis blog adalah Marzuki Bakar.


Hargaiwaktu ini sebenarnya sudah lama wujud, sejak 2011 lagi, tetapi disebabkan oleh kesibukan masa dan tak sempat nak menulis akhirnya hargaiwaktu.com ini berkubur begitu sahaja


Banyak benda yang nak dikongsikan dalam blog ini daripada bisnes online, produk-produk hot di pasaran, affiliate, kesihatan, kekeluargaan dan banyak lagi. Ilmu yang diperoleh adalah daripada pembacaan buku-buku, artikel-artikel dan seminar-seminar yang disertai.


Juga daripada pengalaman dan pemerhatian aku sendiri.


Walaupun masih bertatih dalam bidang penulisan ini, namun didorong oleh rasa yang meluap-luap ingin lakukan sesuatu yang lain daripada kebiasaan so aku cuba untuk berkongsi di dalam blog ini.


Tips atau panduan yang diberikan adalah berdasarkan pendapat dan pengalaman aku sendiri.


Dan juga berdasarkan tips dan panduan daripada penulis-penulis antarabangsa yang aku follow.


Aku percaya setiap moment perlu di hargai. Moment yang dah pergi tak mungkin akan kembali so hargailah setiap waktu yang ada.


Sebarang cadangan, komen dan pandangan amatlah dialu-alukan.


Boleh jugak follow hargaiwaktu dekat https://facebook.com/hargaiwaktumu/