Panduan Mudah Affiliate Marketing Untuk Beginners

Saya berminat untuk menghasilkan panduan untuk beginner dalam Affiliate Marketing, kerana saya merasakan terlalu banyak kelebihan dalam bisnes ini.

Artikel ini adalah berkenaan apa itu Affiliate Marketing. Dalam artikel ini juga akan diterangkan step by step bagaimana untuk anda menjadi seorang Affiliate Marketer.

Kenapa Perlu Pilih Affiliate Marketing?

Affiliate Marketing merupakan salah satu cara terbaik untuk menjana pasif income.

Dalam penulisan ini saya cuba untuk menghuraikan dengan lebih detail apa itu Affiliate Marketing. Bagaimana untuk bermula dalam Affiliate Marketing dan bagaimana untuk buat duit melalui Affiliate Marketing.

Untuk yang masih baru dalam Affiliate Marketing ini, artikel ini amat berguna untuk anda. Perkara pertama yang perlu kita tahu sebelum terjebak dalam affiliate program ini adalah apa itu Affiliate Marketing? dan kemudian nanti kita teruskan dengan lebih mendalam bagaimana kita boleh menjadi berjaya sebagai seorang Affiliate Marketer.

Apa Itu Affiliate Marketing?

Affiliate marketing merupakan cara yang terbaik dimana anda memperkenalkan sesuatu produk atau servis. Berdasarkan recommendation anda ada orang lain yang membeli servis atau produk tersebut.

Anda akan memperolehi komisen daripada usaha anda itu. Mudah kan?? 🙂

Bagaimana Affiliate Marketing Berfungsi?

Afiiliate Marketing program ini melibatkan tiga pihak yang membentuk marketing framework.

  • Merchant atau pengeluar produk / servis
  • Publisher
  • Pelanggan

Tiga entiti ini bertanggungjawab dalam penyaluran Affiliate Marketing framework ini, jadi jom kita fahamkan fungsi-fungsi ketiga-tiga entiti ini:

Merchant atau pengeluar produk atau servis

Merchant boleh terdiri daripada sesuatu jenama, syarikat atau peruncit atau pengeluar produk. Ia merupakan entiti utama dalam affiliate program yang menyediakan produk atau servis.

Ia juga boleh terdiri daripada individu yang mewujudkan kursus online seperti kursus pendidikan ataupun melibatkan servis dalam pengembangan kerjaya.

Merchant juga boleh terdiri daripada sesiapa sahaja yang mahu mewujudkan sebarang produk atau servis dan mahu menjualnya secara online.

Publisher

Publisher boleh saja terdiri sebagai seorang affilite, pengiklan atau pengedar. Malahan anda juga boleh di kategorikan sebagai affiliate bila mana anda bertindak sebagai promoter di antara Merchant dan Customer.

Contohnya begini, katakanlah anda menyertai Affliate program yang dianjurkan oleh Merchant (Merchant boleh saja mana-mana organisasi besar atau jenama) dengan tujuan untuk mempromosi produk Merchant tersebut kepada pelanggan. Setiap pelanggan yang membeli daripada cadangan atau rekomendasi anda, anda seterusnya akan mendapat peratusan tertentu komisen.

Affiliate Marketer seharusnya mencuba sendiri produk atau servis yang ditawarkan sebelum membuka jualan atau rekomendasi kepada keperluan pengguna lain. Ini kerana anda sendiri tahu kualiti produk yang di promote, kualiti produk merupakan keutamaan penting untuk setiap pembeli. Dengan memastikan kualiti produk dalam keadaan terbaik secara tak langsung memelihara kredibiliti anda sebagai introducer kepada produk tersebut.

Pelanggan

Pelanggan merupakan elemen penting yang menentukan kejayaan sesuatu affiliate program. Publisher atau affiliate marketer akan berusaha memasarkan produk atau servis kepada pelanggan untuk mendapatkan komisen. Komisen akan dibayar sekiranya pelanggan membeli produk yang anda promotekan.

Tanpa pembelian daripada pelanggan sudah semestinya tiada komisen atau ganjaran yang boleh dikongsi antara merchant dan affiliate marketer.

Bagaimana untuk menjadi seorang Affiliate Marketer?

Setelah mengetahui asas-asas Affiliate Marketing, sekarang tibalah masanya untuk bertindak.

Pada masa sekarang terdapat banyak organisation atau individu yang telah menjalankan Affiliate program. Saya senaraikan sedikit progam Affiliate tempatan yang boleh anda ceburi:


Terdapat hanya empat langkah utama untuk membantu anda berjaya sebagai affiliate marketer di dalam mana-mana Affiliate Program;

  1. Pilih Affiliate program


    Anda boleh saja menyertai Affiliate program yang dorang anjurkan untuk promote produk dorang

    Bukan semua syarikat mempunyai Affiliate program. Anda bole layari laman web mereka untuk mengetahui sekiranya mereka menganjurkan Affiliate program. Pastikan anda membaca dan memahami syarikat FAQ terlebih dahulu untuk pastikan tiada sebarang pemasalahan kemudian hari.

    Perkara pertama yang perlu anda cari ialah dengan mencari syarikat yang menawarkan perkhidmatan atau produk yang berkaitan dengan blog anda atau niche. Seterusnya anda boleh mula promote.

    Di sini saya senaraikan juga beberapa Affiliate Program yang boleh anda study:

    – Amazon
    – Clickbank
    – JVzoo

    Tiada sebarang yuran pendaftaran yang dikenakan untuk menyertai Affiliate program. Walaubagaimanapun kos keseluruhan bagaimana anda mempromosi adalah tanggungan anda sendiri, contohnya ada mempromosi menggunakan teknik PPC, Fb ads ataupun Google Adwords. Teknik pengiklanan berbayar ini adalah di atas tanggungan anda sendiri.

    Merchant hanya menyediakan platform untuk Affiliate Program ini yang anda boleh sertai dan memilih mana-mana kategori produk yang anda minati untuk promote.

  2. Pilih Produk atau Servis Untuk Promote

    Setelah anda menyertai Affiliate Program anda harus menentukan produk atau servis apa yang ingin di promote. Banyak kategori yang boleh anda pilih antaranya produk fesyen, gajet elektronik ataupun kursus online.

    Affiliate seharusnya mengetahui perkara yang nak di promote itu, biasanya sebelum promote anda harus membuat sedikit kajian tentang produk tersebut dan pastikan produk itu berbaloi dengan usaha anda.
    Promosikan hanya produk yang baik yang tidak mendatangkan masalah untuk anda kemudian hari.

  3. Mempunyai Platform Untuk Tujuan Promosi

    Apabila anda telah memilih produk atau servis yang ingin di promote anda akan diberi unik affiliate link yang boleh anda gunakan untuk tujuan promosi.

    Sebagai contoh anda telah memilih produk x untuk dipromote, seterusnya anda akan diberi unik affiliate link untuk tujuan promosi produk x tersebut.

    Free marketing: Platform yang boleh anda promotekan produk-produk affiliate adalah melalui blog atau website anda. Anda boleh buat video produk review dan postkan di youtube channel anda. Anda boleh juga postkan review produk anda itu di facebook, Instagram atau twitter.

    Tidak semetinya anda perlu mempunyai blog untuk mempromosi produk affiliate tetapi dengan blog ia merupakan kaedah promosi yang terbaik. Anda boleh menggunakan servis seperti PPC (Pay per click) ataupun boleh juga advertise terus produk yang ingin anda promotekan.

    Saya mengesyorkan anda mempunyai blog, jika belum mempunyai blog anda boleh mulakan blog anda melalui platform WordPress.

    Artikel Marketing: Anda boleh juga mencipta artikel berkenaan produk yang ingin dipromote dan postkan di blog atau website anda.

    Perkara penting yang perlu diambil perhatian ialah bagaimana artikel anda itu boleh menarik perhatian pembaca dan pembaca memberikan respond yang positif kepada produk yang anda promotekan.

    Marketing berbayar: Sesetengah affiliate marketer menggunakan platform berbayar untuk mempromosikan produk affiliate contohnya promosi melalui Google Adword. Google Adword membantu menarik tarffik melalui enjin carian, dan jugak dalam Pay Per Click (PPC).

    Harap bersabar dengan menggunakan teknik melalui blog dan website ini kerana ia mengambil masa untuk menarik traffik ke blog anda. Anda boleh pelajari teknik-teknik bagaimana untuk tarik traffik ke blog anda.


  4. Profit


    Bahagian ini adalah yang paling dinantikan oleh affiliate marketer. Sekiranya ada pelanggan membeli produk yang anda promotekan melalui link affiliate anda, anda akan dibayar komisen berdasarkan komisen rate kategori produk yang anda promotekan. (pastikan anda tak tersalah masuk id affiliate anda ye, jika tidak komisen anda terlepas kepada orang lain)

    Sekiranya anda melakukan affiliate ini secara part time affiliate program ini sudah semestinya dapat menjana pasif income kepada anda dan tak mustahil hasil yang diperolehi jugak boleh lumayan. Bole baca sini laporan pendedahan bagaimana seorang brother ni jana pasif income sehingga 6Angka tanpa produk sendiri.


Saya harap artikel ini memberikan sedikit idea untuk anda yang ingin jana pendapatan tambahan melalui bisnes Affiliate ini.

Tekanlah butang share untuk orang lain pun dapat manfaatnya. Tq

Please follow and like us:
error

1
Leave a Reply

avatar
1 Comment threads
0 Thread replies
0 Followers
 
Most reacted comment
Hottest comment thread
0 Comment authors
Recent comment authors
  Subscribe  
Notify of
trackback

[…] Sistem ini secara ringkasnya adalah sistem yang boleh bantu korang jana pendapatan pasif melalui Affiliate Marketing […]